29.2 C
Kuala Lumpur
Friday, July 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Perjanjian zon ekonomi Johor-S'pura bawa limpahan manfaat – MB

    Shopee Sale

    Perjanjian Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang dimeterai semalam akan membawa limpahan manfaat yang besar terutamanya kepada Johor dan rakyatnya.

    Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata perjanjian itu merupakan hasil perbincangan mendalam dan persediaan teliti antara Malaysia dan Singapura yang bakal membuka lebih banyak peluang perniagaan serta meningkatkan hubungan ekonomi kedua-dua negara.

    “Ini adalah satu langkah strategik yang akan memberi impak positif kepada pembangunan negeri Johor dengan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan berpendapatan tinggi, peningkatan pelaburan serta pengukuhan sektor-sektor utama.

    “Semoga segala peranancangan dan usaha ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan seterusnya memberi limpahan manfaat kepada rakyat Johor serta Malaysia secara keseluruhan. Insya-Allah, kita akan menyaksikan transformasi positif untuk Johor,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook beliau.

    MENARIK:  Rakyat dinasihati tangguh perjalanan tidak penting ke Dhaka

    Onn Hafiz berkata beliau amat berbesar hati dapat menyaksikan pemeteraian perjanjian JS-SEZ yang ditandatangani Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan Singapura yang turut disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong.

    “Syukur Alhamdulillah, saya berkesempatan menghadiri Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura Ke-11, yang berlangsung selama dua hari bermula semalam di Kuala Lumpur,” katanya.

    JS-SEZ kini merangkumi kawasan pembangunan Iskandar, Forest City, Pengerang Integrated Petroleum Complex dan Desaru dengan keluasan tanah 357,128 hektar.

    Wilayah pembangunan Iskandar turut meliputi Pusat Bandaraya Johor Bahru, Iskandar Puteri, Tanjung Pelepas-Tanjung Bin, Pasir Gudang, Senai-Skudai, dan Sedenak.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah