30.1 C
Kuala Lumpur
Friday, July 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Mapim, Abim anjur demo bantah tekanan ahli kongres AS

    Shopee Sale

    Tiga badan bukan kerajaan (NGO) akan mengadakan himpunan aman dan menyerahkan memorandum bantahan kepada Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Kuala Lumpur hari ini, bagi membantah tekanan ahli Kongres negara itu terhadap dasar kedaulatan Malaysia.

    Tiga pertubuhan berkenaan ialah Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Pertubuhan Kebajikan Rakyat Sejagat Malaysia (SEJAGAT).

    Menurut poster program dikeluarkan penganjur, perhimpunan itu dijadualkan bermula di Masjid Tabung Haji pada 3 petang, selepas solat Jumaat sebelum bergerak ke kedutaan berkenaan.

    MENARIK:  PGA rampas 200,000 rokok seludup di Tumpat

    Himpunan bertemakan "Rakyat Bersatu Tolak Campur Tangan AS" dengan slogan "Pertahankan Kedaulatan Negara".

    Peserta disaran menyatakan bantahan terhadap tindakan yang digambarkan sebagai keangkuhan politik AS, dengan menegaskan Malaysia berhak menentukan dasar luar dan dasar kemasukannya sendiri.

    Penganjur turut menggesa semua peserta agar mematuhi arahan keselamatan yang ditetapkan serta memastikan himpunan tersebut berlangsung secara aman, bersatu dan berdisiplin.


    BACA BERKAITAN:

    Ahli politik Amerika tuntut Malaysia: ‘Batalkan dasar anti-Yahudi atau berdepan sekatan dana ketenteraan’

    Anwar pertegas sekat warga Israel masuk Malaysia

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah