28.1 C
Kuala Lumpur
Friday, July 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Zahid: BN ada ramai calon MB, Jalaluddin salah seorang

    Shopee Sale

    Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi berkata gabungan itu mempunyai ramai pemimpin yang layak menjadi calon menteri besar untuk mentadbir Negeri Sembilan jika parti itu menang Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, 1 Ogos ini.

    Meski tidak menyatakan secara langsung, Zahid memberi gambaran bahawa Pengerusi Umno negeri Jalaluddin Alias adalah salah seorang calon itu.

    "Walaupun tidak disebutkan siapa poster boy kita, siapa calon menteri besar kita, tak perlu. Kita terlalu banyak calon-calon menteri besar.

    "Terlalu banyak, salah seorang yang ada di sini (merujuk kepada Jalaluddin)," katanya ketika berucap berkempen di Chennah di Jelebu, Negeri Sembilan petang tadi.

    Zahid turut menasihatkan Jalaluddin dan pemimpin Umno lain supaya tidak sombong dan terus berusaha mendekati pengundi.

    Jalaluddin Alias

    Mahu tumbangkan Loke di Chennah

    Kehadiran Zahid berkempen di Chennah menjadi tumpuan kerana kerusi itu disandang sekutunya dalam kabinet, Menteri Pengaangkutan yang juga Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke.

    MENARIK:  GRS diramal menang sekurang-kurangnya 26 kerusi

    Loke, yang menyandang kerusi itu selama tiga penggal sekali lagi akan cuba mempertahankan kerusi berkenaan.

    Pada PRN 2023, Loke berjaya memenangi kerusi berkenaan dengan majoriti 2,200 undi.

    Pada 1 Ogos nanti, Loke bakal berdepan saingan calon BN John Siow Kong Choon daripada MCA yang berhasrat menumbangkan pemimpin DAP Itu.

    Sementara itu, Zahid menyeru pengundi supaya menumbangkan DAP di Chennah jika ingin menguasai Negeri Sembilan.

    Katanya, kekalahan Loke di Chennah merupakan kemenangan buat BN.

    "Bacaan saya, saya harap saya tidak salah. Bacaan saya, kalau kita rampas Chennah, bererti kita merampas Negeri Sembilan di bawah BN..

    "Begitu juga kalau kita rampas dan kekalkan Linggi di bawah BN. Confirm Negeri Sembilan di bawah BN," katanya lagi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah