29.2 C
Kuala Lumpur
Friday, July 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Projek terowong: Saksi dakwa kerajaan PP alami kerugian

    Shopee Sale

    Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini diberitahu kerajaan Pulau Pinang mengalami kerugian selepas memberikan satu lot tanah kepada syarikat pemaju sebagai bayaran bagi kajian kebolehlaksanaan projek tiga jalan utama dan terowong dasar laut.

    Penguasa Kanan Bahagian Siasatan Cawangan Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Zulhilmi Ramli, 34, berkata pembayaran itu bagi menjelaskan tuntutan RM135 juta yang dibuat menerusi pemindahan lot tanah 702 milik kerajaan negeri kepada Consortium Zenith Beijing Urban Construction Group (CZBUCG).

    Saksi pendakwaan ke-38 itu berkata demikian ketika disoal balas peguam Mohd Haijan Omar yang mewakili Lim Guan Eng pada perbicaraan kes rasuah dihadapi bekas Ketua Menteri Pulau Pinang terabit terkait projek pembinaan jalan utama dan terowong dasar laut bernilai RM6.3 bilion.

    Mohd Haijan: Berapa banyak jumlah tuntutan akhir yang dibuat CZBUCG bagi menuntut bayaran secara land swap bagi lot 702?

    Zulhilmi: Untuk kali terakhir ialah RM138 juta.

    Zulhilmi juga bersetuju dengan Mohd Haijan bahawa jumlah tuntutan yang dibuat CZBUCG ialah RM138 juta, namun lot tanah 702 hanya bernilai RM135 juta.

    Mohd Haijan: Kerajaan negeri telah membayar kerja-kerja dilakukan oleh CZBUCG dengan bayaran dibuat melalui land swap berjumlah RM135 juta, setuju?

    Zulhimi: Setuju.

    Mohd Haijan: Berdasarkan keterangan Tuan Zul (Zulhilmi) kerja-kerja telah dijalankan, diperakukan oleh HSSI Integrated Sdn Bhd (perunding teknikal bebas) dan lot 702 boleh dibayar untuk tujuan tersebut, jadi kerajaan negeri tidak mengalami kerugian untuk pembayaran menerusi pemberian lot 702?

    MENARIK:  Mangsa banjir di Kedah menurun kepada 139 orang

    Zulhilmi: Saya tidak setuju.

    Lim, 65, didakwa menggunakan kedudukan sebagai ketua menteri untuk memperoleh suapan bagi dirinya wang berjumlah RM3.3 juta.

    Ia dilakukan dengan membantu syarikat milik bekas Pengarah Consortium Zenith Construction Sdn Bhd, Zarul Ahmad Mohd Zulkifli, dilantik melaksanakan projek pembinaan jalan utama dan terowong di Pulau Pinang bernilai RM6,341,383,702 antara Jan 2011 hingga Ogos 2017.

    Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.

    Bagi pertuduhan kedua, Ahli Parlimen Bagan itu didakwa meminta suapan 10 peratus daripada keuntungan yang akan diperoleh daripada Zarul Ahmad sebagai upah bagi membantu syarikat milik ahli perniagaan terbabit dilantik untuk projek sama berhampiran Hotel The Gardens, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, Kuala Lumpur antara 12.30 tengah malam dan 2 pagi pada Mac 2011.

    Dia turut berdepan dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah milik kerajaan Pulau Pinang bernilai RM208.8 juta dilupuskan kepada syarikat pemaju berkaitan projek terowong dasar laut itu yang didakwa dilakukan di Pejabat Tanah dan Galian Negeri Pulau Pinang, Komtar pada 17 Feb 2015 dan 22 Mac 2017.

    Perbicaraan di hadapan hakim Azura Alwi bersambung 3 Ogos depan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah