25.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Perjanjian dengan AS: Dakwaan maruah negara tergadai tidak betul – Anwar

    Shopee Sale

    PARLIMEN l Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Perjanjian Timbal Balas Amerika Syarikat-Malaysia (ART) tidak menghalang Malaysia daripada mengadakan rundingan atau perdagangan dengan mana-mana negara, termasuk China.

    Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata meskipun terdapat dakwaan bahawa ART mengehadkan ruang Malaysia dalam membuat keputusan dasar ekonomi, perdagangan dan pelaburan, perkara itu adalah tidak benar.

    Beliau menjelaskan Malaysia kekal bebas bekerjasama dengan mana-mana rakan strategi, termasuk dalam sektor sensitif seperti nadir bumi, semikonduktor dan kewangan melibatkan penggunaan mata wang tempatan.

    “Saya setuju bahawa tekanan Amerika Syarikat (AS) itu relatif lebih besar. Bukan sahaja kepada kita, kepada semua, satu dunia. Tetapi soal kemerdekaan, maruah, soal gadai, tak betul.

    “Malaysia meneruskan rundingan dalam sektor nadir bumi dengan pelbagai pihak termasuk Korea Selatan dan China, serta (ingin) memaklumkan bahawa Petronas dan Khazanah sedang berunding dengan syarikat dari China berhubung pemprosesan mineral itu,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

    MENARIK:  PDRM perketat kawalan di 13 lokasi panas stesen minyak di utara

    Perdana Menteri berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) yang membangkitkan kebimbangan mengenai kesan ART terhadap kebebasan Malaysia dalam menentukan kerjasama ekonomi dengan negara lain.

    Mengenai sektor semikonduktor, Anwar berkata sekatan eksport cip ke China hanya terpakai kepada syarikat AS kerana ia syarat negara asal mereka.

    “Apa yang kita setuju (dalam ART)? Kalau syarikat itu syarikat Amerika, kita tak boleh langsung eksport cip ke negara China. Tak apa. Pelaburan dia datang Malaysia, syaratnya tak boleh eksport ke negara China, dan kita bagi kerjasama.

    “Tetapi ada pelaburan dari Jerman ataupun dari China untuk hasilkan cip dan eksport ke China, (kita) boleh,” kata beliau.

    Anwar berkata Malaysia juga meneruskan kerjasama dengan China termasuk dalam projek pengembangan bekalan air Sungai Perak hingga ke Pulau Pinang, tanpa sebarang bantahan daripada mana-mana pihak.

    “Apakah yang menghalang kita bekerjasama dengan negara China? Tidak ada,” kata beliau.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah