24.7 C
Kuala Lumpur
Friday, June 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pereka grafik didakwa rompak jongkong emas, telefon milik warga India

    Shopee Sale

    Seorang pereka grafik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan merompak jongkong emas dan telefon bimbit milik seorang lelaki warga India bernilai RM266,050 minggu lepas.

    M Ramesh Raj, 35, didakwa bersama-sama suspek yang masih bebas melakukan perbuatan itu ke atas Mohammed Mubarak Sikkander di lorong belakang sebuah restoran, Jalan Masjid India di Kuala Lumpur pada 2.10 petang 19 Feb lepas.

    Di mahkamah sama, seorang penghantar barang J Francis, 31, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merompak Mohd Zainuddin Abdullah, 51, wang tunai berjumlah 25,000 Pound Sterling (RM150,750) dan RM34,720 di sebuah pangsapuri di Dang Wangi pada 2.20 petang 21 Feb lepas.

    Mereka didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

    Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Ngoh Jess Lynn menawarkan jaminan RM20,000 untuk Ramesh dan RM16,000 kepada Francis, masing-masing dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan mereka perlu melapor diri di balai polis sebulan sekali sehingga kes selesai.

    MENARIK:  Zakat fitrah di Perlis RM7 dan RM10

    Peguam Iqhmar Syafiq Mohd Azmi, yang mewakili Ramesh, memohon jumlah jaminan yang rendah atas alasan hanya anak guamnya menanggung keluarga kerana isteri tertuduh tidak bekerja manakala peguam K Komagan, yang mewakili Francis, pula anak guamnya adalah orang kurang upaya fizikal dan menanggung keluarga.

    Hakim Norina Zainol Abidin membenarkan kedua-dua tertuduh masing-masing diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan yang dimohon pendakwaan dan menetapkan 5 April sebagai sebutan kes bagi Ramesh serta 4 April bagi Francis.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah