27.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Penyelidikan terkini cadangkan ada air bawah permukaan Marikh

    Shopee Sale

    Hasil penyelidikan terkini mencadangkan kemungkinan terdapat takungan air di bawah permukaan Marikh, dengan jumlahnya berpotensi membentuk lautan global di planet merah itu.

    Air dianggarkan berada pada kedalaman tujuh hingga 12 batu (11.5 hingga 20 km) di bawah kerak Marikh, tersembunyi dalam retakan batuan bawah tanah, lapor Xinhua.

    Penemuan itu berasaskan pengukuran seismik daripada Mars InSight lander milik NASA yang menggunakan seismometer bagi mengesan bahagian dalam Marikh antara 2018 dan 2022.

    Menurut saintis, Vashan Wright dari Scripps Institution of Oceanography, University of California, San Diego yang juga pengarang utama kajian dalam jurnalProceedings of the National Academy of Sciences, air di Marikh dipercayai pernah wujud secara sementara di permukaan lebih 3 bilion tahun lalu.

    MENARIK:  Kes GISBH: Menteri arah JBG tawar khidmat pendamping mangsa kanak-kanak

    “Ketika itu Marikh mempunyai sungai, tasik dan lautan.

    “Bagaimanapun, apabila atmosfera Marikh semakin menipis, ia dianggap kehilangan air pada permukaan.

    “Penemuan baharu itu menunjukkan bahawa air telah meresap ke dalam kerak Marikh.

    "Memahami kitaran air Marikh adalah penting untuk memahami evolusi iklim, permukaan dan bahagian dalamnya," kata Wright.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah