28.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, June 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Penjawat awam Perlis dapat bantuan khas Aidilfitri RM500

    Shopee Sale

    Kerajaan Negeri Perlis bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 bersempena dengan sambutan perayaan Aidilfitri kepada kira-kira 1,700 penjawat awam negeri itu bagi menghargai khidmat mereka.

    Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli berkata bantuan khas berkenaan akan dibayar pada akhir Mac ini kepada penjawat awam Gred 15 dan ke bawah termasuk pegawai serta petugas lantikan kontrak yang bekerja di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis.

    MENARIK:  Suami Zahnita Wilson dituduh salah guna dadah, cederakan isteri

    " … ia sebagai suntikan motivasi kepada semua penjawat awam untuk terus beriltizam dan berintegriti dalam melaksanakan tugas mereka," katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis di Kangar, hari ini.

    Dalam pada itu, Mohd Shukri berkata bantuan khas terbabit akan turut diberikan kepada pesara kerajaan serta veteran berpencen dan veteran tidak berpencen dengan bayaran sebanyak RM250.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah