27.9 C
Kuala Lumpur
Monday, April 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Penghargaan khas untuk rakyat ambil kira keupayaan negara

    Shopee Sale

    Penghargaan khas yang diumum Perdana Menteri Anwar Ibrahim semalam telahpun mengambil kira keupayaan fiskal negara, kata Pejabat Perdana Menteri (PMO).

    Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri Tunku Nashrul Abaidah berkata peruntukan itu juga sebagai tambahan kepada apa yang telah direncanakan dalam Belanjawan 2025.

    Dia berkata demikian pada taklimat harian PMO yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook Anwar Ibrahim dan Facebook PMO Malaysia hari ini.

    Semalam, Anwar yang juga Menteri Kewangan mengumumkan beberapa inisiatif utama sebagai tanda penghargaan kerajaan Madani kepada rakyat, termasuk pemberian RM100 secara sekali beri di bawah program Sara kepada semua warganegara berusia 18 tahun ke atas.

    MENARIK:  'Kampung Sg Baru bukan MAS, ada pemilik bukan Melayu'

    Turut diumum, penangguhan kenaikan kadar tol bagi 10 lebuh raya dan subsidi harga RON95 yang lebih rendah pada RM1.99 seliter.

    Anwar juga berkata ekonomi Malaysia yang berada di landasan kukuh dan meyakinkan di sebalik segala keresahan dan kekangan yang berlaku, telah membolehkan pelbagai ikhtiar meningkatkan darjat hidup rakyat dilaksanakan.

    Selain itu, Anwar menjelaskan kerajaan akan terus menambah baik ikhtiar menerusi Belanjawan Madani keempat pada Okt ini sebagai kesinambungan kepada usaha kerajaan untuk meringankan beban rakyat.

    - Bernama

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah