29.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Bekas pengurus syarikat anak Tabung Haji didakwa seleweng RM72,000

    Shopee Sale

    Bekas Pengurus Keselamatan dan Kesihatan THP Bina Sdn Bhd didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini, atas tiga pertuduhan melakukan pecah amanah wang hasil kutipan penalti berjumlah RM72,000, membabitkan projek cadangan pembangunan kompleks pejabat di Putrajaya.

    Nasahruddin Ahmad, 56, mengaku tidak bersalah selepas ketiga-tiga pertuduhan dibacakan satu persatu di hadapan Hakim Rosli Ahmad.

    THP Bina Sdn Bhd ialah syarikat anak syarikat milik penuh TH Properties Sdn Bhd (yang merupakan anak syarikat Lembaga Tabung Haji), berfokus dalam bidang pembinaan dan pengurusan projek.

    Nasahruddin sebagai Pengurus Keselamatan dan Kesihatan syarikat itu yang diamanahkan wang hasil kutipan penalti ke atas kontraktor iaitu syarikat Fourth Wave Sdn Bhd berjumlah RM72,000, didakwa melakukan pecah amanah dengan memasukkan wang tersebut ke dalam akaunnya.

    Wang hasil kutipan penalti itu membabitkan projek cadangan pembangunan kompleks pejabat di Presint 3 Wilayah Persekutuan, Putrajaya di atas PT 12081: Blok A -10 tingkat pejabat, Blok B – sembilan tingkat pejabat, Auditorium dan tiga tingkat tempat letak kereta di aras bawah tanah; PT 12075: Blok C – tujuh tingkat pejabat dan dua tingkat tempat letak kereta di aras bawah tanah; PT 12074 : Blok D – sembilan tingkat pejabat dan dua tingkat tempat letak kereta di aras bawah tanah untuk Tetuan THP Bina Sdn Bhd.

    Dia didakwa melakukan kesalahan tersebut di Kompleks Islam Putrajaya, Presint 3, Putrajaya antara 26 April 2013 hingga 12 Ogos 2015, mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta dengan sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

    Peguam Muhammad Naqib Aiman Mohd Faizal mewakili Nasahruddin berkata jaminan RM70,000 yang dicadangkan pihak pendakwaan itu tinggi, memandangkan anak guamnya yang berniaga kedai makan dengan pendapatan kira-kira RM3,000 sebulan, menanggung empat anak berusia antara 21 hingga 26 tahun selain mempunyai penyakit darah tinggi serta slipped disc.

    “Anak guam saya tidak ditangkap bagi kes berkenaan, sebaliknya hadir sendiri ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Putrajaya dan memberikan kerjasama penuh kepada agensi itu serta diberikan jaminan sebanyak RM10,000.

    MENARIK:  Permohonan kerajaan batal saman Hindraf didengar hakim lain 14 Mei 

    “Anak guam dan keluarganya yang menetap di Bukit Tinggi, Klang dan merupakan warganegara Malaysia tidak mempunyai risiko untuk melarikan diri, namun tertuduh tidak mempunyai masalah untuk menyerahkan pasportnya kepada mahkamah,” katanya.

    Selain itu, Muhammad Naqib Aiman berkata beliau dimaklumkan bahawa walaupun kes itu melibatkan Tabung Haji, namun ia tidak melibatkan wang masyarakat tetapi wang private iaitu wang saman terhadap pihak kontraktor.

    “Sehubungan dengan itu, berdasarkan alasan-alasan yang diberikan, saya mohon jaminan yang paling minima diberikan kepada tertuduh,” katanya.

    Sementara itu, di hadapan Hakim Azura Alwi bekas Timbalan Pengurus Besar TH Properties Sdn Bhd yang juga bekas Timbalan Pengurus Besar THP Bina Sdn Bhd Tengku Kamarolhisham Tengku Kamaruddin, 55, mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan bersubahat melakukan perbuatan sama di tempat dan masa sama.

    Mengikut pertuduhan pertama hingga ketiga, lelaki itu didakwa bersubahat dengan mengarahkan Nasahruddin untuk memasukkan wang berjumlah RM72,000 tersebut dalam akaun banknya (Nasahruddin).

    Kesemua kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan, dibaca bersama-sama Seksyen 409 kanun sama.

    Irna Julaieza menawarkan jaminan RM70,000 dengan seorang penjamin untuk kesemua tiga pertuduhan berserta syarat tambahan sama seperti yang dimohon bagi kes Nasahruddin.

    Muhammad Naqib Aiman yang mewakili tertuduh memohon jaminan lebih rendah atas alasan anak guamnya yang kini bekerja sebagai peniaga, menanggung enam orang anak berusia antara 13 dan 29 tahun.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah