25.2 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Penggal akhir Anwar presiden PKR, jawatan PM macam mana?

    Shopee Sale

    Perdana Menteri Anwar Ibrahim akan terus memegang jawatan presiden PKR pada pengundian parti yang dijangka berlangsung tahun depan.

    Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh dipetik Utusan Online berkata perlembagaan parti hanya membenarkan setiap presiden memegang jawatan selama tiga penggal.

    Ini menimbulkan persoalan jika penggal selepas pengundian akan datang menjadi penggal terakhir Anwar memimpin PKR selaku presiden parti yang dipegangnya sejak 2018, dan bagaimana kedudukannya dalam kerajaan.

    “Presiden parti boleh pegang sehingga tiga penggal, jadi Datuk Seri Anwar baru ada dua penggal, selama ini bukan beliau yang pegang (Presiden), tetapi Kak Wan (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail).

    “Kita tidak boleh kata Datuk Seri Anwar tidak mahu berundur, cuba tengok presiden parti lain berapa lama mereka pegang parti,” katanya.

    MENARIK:  Penganalisis jangka OPR kekal tiga peratus tahun ini

    Namun, Fuziah menjelaskan ini tidak bermakna Anwar tidak boleh terus menjadi perdana menteri walaupun jika dia tidak lagi menjadi presiden PKR.

    “Sebab Datuk Seri Anwar pernah berkata, seseorang itu tidak perlu menjadi presiden parti untuk menjadi perdana menteri.

    “Malah, selagi kita perlukan dia, tiada masalah untuk itu.

    “Beliau boleh memegang mandat sebagai pengerusi Pakatan Harapan (PH),” katanya seperti dipetik portal berita itu lagi.

    PKR bakal melangsungkan pengundian parti tahun depan dengan jawatan presiden dan timbalan presiden dipertandingkan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah