26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pengarah media dan komunikasi strategik PMO meninggal dunia

    Shopee Sale

    Pengarah Media dan Komunikasi Strategik di Pejabat Perdana Menteri (PMO), Rozaid Abdul Rahman meninggal dunia pada petang tadi di rumahnya di Putra Heights, Subang Jaya akibat masalah jantung.

    Bahagian Media dan Komunikasi Strategik PMO mengesahkan pemergian bekas ketua pengarang kumpulan Sinar Harian itu dalam kenyataan hari ini.

    "Allahyarham yang berusia 59 tahun sebelum ini telah menerima rawatan di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, sejak 1 Julai lepas dan dibenarkan keluar dari hospital pada 6 Ogos lepas.

    "Pejabat Perdana Menteri mendoakan agar keluarganya diberi kekuatan dan ketabahan dan diampunkan segala dosa Allahyarham serta diberi tempat istimewa di sisiNya," menurut kenyataan itu.

    Rozaid berpengalaman luas dalam bidang kewartawanan selama lebih 40 tahun dan memulakan kerjaya sebagai pemberita kadet di Utusan Malaysia pada April 1984.

    Wartawan veteran itu juga pernah menyandang jawatan pegawai eksekutif pengisian/pengarang eksekutif Kumpulan Media The Star selain pernah berkhidmat sebagai setiausaha akhbar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang ketika itu menteri pengajian tinggi.

    MENARIK:  Tekanan mental, kewangan punca tragedi keluarga meningkat - MMA

    Allahyarham kemudian berkhidmat di Sinar Harian pada 4 Jan 2021 sebelum mengambil keputusan menamatkan perkhidmatan pada 30 Dis 2022.

    Rozaid dilantik sebagai pengarah media dan komunikasi strategik PMO pada 23 Mei 2023. 

    -Bernama


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah