Nahas pesawat berhampiran Bandar Elmina, di Shah Alam yang mengorbankan 10 orang pada 17 Ogos tahun lalu adalah disebabkan oleh tindakan pelua Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB).
Dalam laporan penyiasatan terakhirnya, pihak berkuasa itu berkata kesilapan "kemungkinan besar" dilakukan oleh pembantu juruterbang yang tidak mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang risiko yang berkaitan dengan sistem tersebut sehingga menyebabkan pengaktifan operasi sistem 'lift dump'.

"Tindakan ini menyebabkan kehilangan daya angkat secara mendadak, sekali gus mengakibatkan kehilangan kawalan pesawat dan kemalangan tragis itu," menurut laporan setebal 148 muka surat itu yang dikeluarkan hari ini.
Kejadian pada jam 2.50 petang, 17 Ogos tahun lalu itu menyaksikan 10 orang terbunuh apabila pesawat ringan yang dikendalikan Jet Valet Sdn Bhd terhempas di Lebuhraya Guthrie berhampiran Bandar Elmina.
Mangsa terdiri daripada enam penumpang dan dua anak kapal, serta seorang penunggang motosikal dan seorang pemandu yang melalui kawasan itu.
Antara mereka, termasuk exco kerajaan negeri Pahang Johari Harun.





