32.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Penerbit KiniTV Prasadh Rao meninggal dunia

    Shopee Sale

    Seorang petugas Malaysiakini, Prasadh Michael Rao meninggal dunia pada usia 34 tahun, semalam.

    Dilahirkan pada 23 Nov 1989, Prasadh menyertai Malaysiakini pada 2010 sebagai editor kandungan komunitikini, sebuah projek oleh Malaysiakini.

    Dia kemudiannya berpindah ke KiniTV pada 2013 dan dikenali ramai di dalam talian sebagai wartawan lapangan dan pembaca berita.

    Prasadh juga merupakan penyampai utama dua program utama KiniTV, buletin Inggeris #kininews dan buletin bahasa Malaysia Sekilas Fakta. Dia juga bertugas di belakang tabir sebagai penerbit KiniTV.

    Mendiang meninggalkan bapanya Michael Baboo Rao dan seorang adik perempuan Priyanka.

    Jenazah akan ditempatkan di 92, Lorong Lima, Kampung Pandan mulai 4 petang hari ini hingga 1 tengah hari esok.

    Upacara pengebumian akan berlangsung di Gereja Katolik the Sacred Heart of Jesus, Jalan Peel pada pukul 2 petang diikuti upacara terakhir di Krematorium DBKL Cheras, pada 3.30 petang esok.

    MENARIK:  'Kebebasan kehakiman tak akan terjamin selagi PM ada isu undang-undang'

    Sementara itu Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil turut mengucapkan takziah dalam satu ciapan di laman X.

    “Sedih menerima perkhabaran daripada rakan-rakan media tentang Penerbit KiniTV, Prasadh Michael Rao yang meninggal dunia semalam.

    “Takziah saya ucapkan kepada seluruh ahli keluarga mendiang dan rakan-rakan di Malaysiakini,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah