33.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Penduduk Putra Height boleh tuntut pampasan, kata peguam

    Shopee Sale

    Penduduk terjejas dengan kebakaran saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya pada Selasa, boleh menuntut pampasan daripada pihak yang disabitkan bersalah di bawah Akta Bekalan Gas 1993, kata peguam M Manoharan.

    Dia berkata di bawah Seksyen 30D akta itu, mangsa kejadian sedemikian dilindungi undang-undang, membolehkan mereka menuntut ganti rugi daripada pihak yang disabitkan dengan kesalahan.

    Manoharan menegaskan mahkamah mempunyai budi bicara untuk mengeluarkan perintah yang memerlukan pesalah membayar kedua-dua kos pendakwaan dan pampasan kepada mangsa.

    “Pampasan ini boleh meliputi pelbagai kerugian termasuk kecederaan fizikal, kemusnahan harta benda atau kehilangan pendapatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

    Manoharan berkata dalam menentukan jumlah ganti rugi, mahkamah mempertimbangkan pelbagai faktor seperti tahap keseriusan kesalahan, tahap kerosakan, kerugian kewangan dialami mangsa dan kemampuan orang disabitkan untuk membayar.

    Selain itu, peguam itu juga menegaskan ganti rugi diberikan di bawah prosiding jenayah tidak memberi kesan kepada hak mangsa untuk meneruskan tuntutan sivil.

    “Walaupun pampasan jenayah mungkin meliputi beberapa kos, mangsa masih boleh mengambil tindakan undang-undang untuk mendapatkan ganti rugi selanjutnya jika perlu,” katanya.

    MENARIK:  Krisis minyak: Antara helikopter PM vs konvoi 10km MB PN

    Dalam kes mangsa kepada kesalahan itu meninggal dunia, pampasan akan dibayar kepada wakil orang terbabit, memastikan keluarga mereka tidak ketinggalan daripada menerima bantuan.

    “Kini, pihak berkuasa mesti mengenal pasti siapa yang terlibat dan dan mesti didakwa. Jika didapati bersalah, mahkamah boleh memerintahkan pesalah untuk membayar ganti rugi kepada mangsa,” katanya.

    Kebakaran saluran gas utama Petronas Gas Bhd (PGB) di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights pada 8.10 pagi Selasa lepas, melibatkan 1,254 orang daripada 308 keluarga.

    Sebanyak 87 rumah mengalami kerosakan total dan tidak boleh didiami manakala 148 rumah terjejas serta mengalami kerosakan tetapi boleh didiami setelah melalui proses pembaikan.

    Setakat 8 pagi ini, 379 orang daripada 97 keluarga masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Masjid Putra Heights.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah