31.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pegawai khidmat pelanggan didakwa bunuh anak lelaki

    Shopee Sale

    Seorang pegawai khidmat pelanggan didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini atas pertuduhan membunuh anak lelakinya pada tiga tahun lepas.

    G Thevendhiran, 40, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan majistret Nurzihan Abdul Rehman namun tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa mahkamah tinggi.

    Tertuduh didakwa membunuh anak lelakinya yang ketika itu berusia setahun enam bulan di sebuah kondominium di Bandar Baru Permas Jaya, Johor Bahru, antara jam 8.30 pagi hingga 10 pagi, 12 Sept 2023.

    Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun serta sebatan minimum 12 kali, jika tidak dijatuhi hukuman mati.

    Pendakwaan dikendalikan timbalan pendakwa raya Nor Deana Aqilah Aliman manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

    MENARIK:  Isu Nik Zawawi: Mengaku salah, minta maaf sudah memadai - Tuan Ibrahim

    Mahkamah menetapkan 1 Okt depan untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan asid deoksiribonukleik (DNA), forensik, kimia dan toksikologi.

    Sementara itu di mahkamah berasingan di hadapan majistret A Shaarmini, Thevendhiran dijatuhi hukuman penjara sebulan dan denda RM3,000 atau tiga bulan penjara jika gagal membayar denda selepas mengaku bersalah memiliki bahan lucah.

    Dia didakwa menyimpan bahan lucah dalam telefon bimbitnya di tempat letak kenderaan di kondominium sama pada 1 tengah hari, 18 Julai lepas.

    Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tiga tahun atau denda atau dengan kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

    Pendakwaan dikendalikan timbalan pendakwa raya Anis Shafeeqah Mohd Shariffudin manakala tertuduh diwakili Noor Asyikin Shafiqah Atham Malik dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah