32.9 C
Kuala Lumpur
Monday, June 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pendedahan video rasuah untuk cemarkan reputasi k'jaan GRS, kata MP

    Shopee Sale

    Ahli Parlimen Labuan Suhaili Abdul Rahman mendakwa siri pendedahan video oleh Malaysiakini, yang mengaitkan sejumlah Adun Sabah dengan dakwaan rasuah, merupakan usaha untuk mencemarkan reputasi kerajaan pimpinan Gabungan Rakyat Sabah.

    Menyifatkannya sebagai “perbicaraan media sosial”, Suhaili juga mempersoalkan perananan Malaysiakini dalam pendedahan itu, dengan mendakwa portal berita itu belum menyiarkan laporan dari pihak kerajaan negeri.

    “Berbanding menunggu siasatan SPRM didedahkan, (Malaysiakini) terus menyiarkan rakaman video meragukan yang dirakam secara rahsia, seolah-olah ingin menjejaskan SPRM dalam pakatannya dengan orang yang disebut sebagai pemberi maklumat itu, yang nampaknya takut untuk membuat laporan secara rasmi.

    “Saya sangat yakin yang dakwaan itu bermotifkan politik memandangkan PRN akan diadakan tahun depan dan tiada cara lain lagi untuk menjejaskan kerajaan gabungan GRS-PH,” katanya seperti dipetik Daily Express semalam.

    Bekas ahli Parlimen Bersatu yang kini menyokong kerajaan itu berkata Malaysiakini berdepan risiko tindakan undang-undang jika kerajaan Sabah tidak diberi peluang untuk menjawab dakwaan yang dibuat.

    MENARIK:  Ibu Zayn Rayyan buat laporan polis lepas terima video pimpin 2 anak

    “Kita mahu SPRM diberi ruang untuk menjalankan tanggungjawabnya, bukannya perbicaraan di media sosial,” katanya lagi.

    Semua pihak diberi ruang untuk jawab

    Bertentangan dengan dakwaan Suhaili, Malaysiakini telah menghubungi pejabat Ketua Menteri Sabah untuk mendapatkan maklum balas berhubung dakwaan rasuah tersebut.

    Adun yang dikaitkan juga telah dihubungi sebelum laporan disiarkan dan jika mereka memberikan kenyataan, ia disertakan dalam laporan itu.

    Bagi laporan berhubung dakwaan bekas CEO Sabah Mineral Management (SMM) Jontih Enggihon terhadap Hajiji yang disiarkan semalam, Malaysiakini telah menghubungi pejabat Ketua Menteri tiga jam sebelum ia disiarkan, bagi memaklumkan tentang laporan itu dan untuk mendapatkan respons.

    https://www.malaysiakini.com/news/726200

    Malaysiakini juga telah menyiarkan respons Hajiji serta ahli politik lain yang dikaitkan, yang mendakwa pendedahan video tersebut sebagai usaha untuk melemahkan kerajaan negeri.

    [Baca berita asal]


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah