26.1 C
Kuala Lumpur
Monday, September 7, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pemuda Umno lancar kempen 'pastikan halal ori, baru beli'

    Shopee Sale

    Pemuda Umno melancarkan kempen ‘pastikan halal ori, baru beli’ bagi meminta orang ramai menyemak sesuatu produk yang mempunyai logo halal sebelum membuat pembelian.

    Dalam satu rakaman video malam tadi, ketuanya, Akmal Saleh meminta pengguna menyemak status berkenaan menggunakan aplikasi Verify Halal yang diluluskan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

    "Saya nak minta bantuan daripada seluruh rakyat Malaysia. Kalau pergi ke kedai, ada logo halal tu. Mana produk-produk yang ada logo halal, check sendiri.

    "Kalau tak ada, maka tak ada dalam sistem ni, maka tolong beritahu kepada pemuda Umno Malaysia dan kita akan pastikan, mereka yang menggunakan logo halal tipu ni, akan dikenakan tindakan yang sangat keras.

    ‘Kita nak beritahu, jangan khianat kepercayaan kami. Dan jangan kerana sebab kamu nak lakukan, nak melariskan produk kamu, kamu menipu orang Islam dalam negara ni," katanya.

    Baru-baru ini beberapa pihak termasuk Akmal sekali lagi mengecam KK Mart selepas penemuan produk sandwic ham yang dijual di beberapa cawangan kedai serbaneka itu.

    MENARIK:  KDN beri taklimat pada 2 j’kuasa Parlimen isu pindaan PPPA

    Mengaitkan ham dengan daging babi, Akmal mempersoalkan bagaimana produk itu mempunyai logo halal.

    Ham tersebut diperbuat daripada ayam. Namun, syarikat yang menghasilkan sandwic tersebut - Shake and Bake Cafe Sdn Bhd - tidak mempunyai pensijilan untuk meletakkan logo halal pada produknya.

    Sementara itu, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata mereka yang memperbesarkan isu tentang nama ham sebagai dungu.

    "Ham bermaksud proses untuk membuat makanan, dan kita ada turkey ham dan chicken ham yang sesuai dimakan.

    "Begitu juga dengan root beer yang dibuat daripada akar sassafras yang tidak beralkohol dan baik untuk diminum.

    "Menjadikan isu mengenainya hanya menunjukkan siapa yang sebenarnya bodoh," katanya dalam satu hantaran di X malam tadi.

    Produk ham yang disahkan halal di Malaysia biasanya dilabel sebagai hirisan ayam atau ayam belanda dan bukannya ham.

    Ini kerana garis panduan Jakim menyatakan bahawa produk yang mempunyai nama sinonim dengan makanan tidak halal - termasuk ham - tidak boleh disahkan halal dan perlu menggunakan keterangan lain.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah