29.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 6, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pemuda PAS kawasan mahu kerusi parlimen Indera Mahkota

    Shopee Sale

    Suara PAS yang mahukan parti itu mengambil alih kerusi-kerusi dimenangi atau ditandingi Bersatu terus kedengaran. Kali ini ia dikeluarkan oleh sayap PAS di salah satu kawasan Pahang.

    Dalam mesyuarat Dewan Pemuda PAS Indera Mahkota hari ini, mereka meluluskan usul supaya parti berkenaan meletakkan calon di kerusi parlimen tersebut – yang sebelum ini diberikan kepada Bersatu.

    Ketua Penerangan Pemuda PAS Indera Mahkota, Ahmad Azlan Abu Bakar, memberitahu mereka juga ada calon yang dirasakan sesuai untuk diletakkan sebagai calon di kerusi parlimen berkenaan.

    "Mesyuarat mencadangkan Pengerusi PN Indera Mahkota yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Andansura Rabu, sebagai calon berpotensi untuk bertanding di kawasan berkenaan," katanya dalam kenyataan kepada media.

    Andansura ketika ini adalah Adun Beserah.

    Saifuddin Abdullah

    Ahmad Azlan menjelaskan, usul berkenaan diluluskan secara sebulat suara selepas dibahas secara mendalam dan “lumat” oleh semua perwakilan yang hadir dalam mesyuarat.

    "Dalam PAS, adab berjemaah sentiasa menjadi asas utama dalam membuat sebarang keputusan muktamad," katanya.

    MENARIK:  3 MP kerajaan desak k'jaan kaji semula 'kelompongan' ART

    Mengulas mengenai situasi semasa politik di Indera Mahkota, Ahmad Azlan berkata kerusi itu dulu merupakan kubu kuat BN dan kini menjadi kerusi rebutan antara parti dalam Kerajaan Perpaduan.

    Sekarang kerusi parlimen di kawasan pinggir Kuantan itu diwakili Saifuddin Abdullah, bermula sebagai wakil Bersatu ketika parti itu dalam PH sehinggalah dia dipecat parti berkenaan pada awal Jan lalu.

    Setiausaha Politik Perdana Menteri, Ahmad Farhan Fauzi, sebelum ini turut mengumumkan dia mahu merampas kerusi itu dari tangan pembangkang.

    Ahmad Azlan mendakwa situasi politik semasa sedang membingungkan pengundi di Indera Mahkota, justeru PN perlu mengambil langkah awal bagi memastikan kejayaan misi IM 3-0 dan agenda PN Teraju Pahang.

    Misi IM 3-0 merujuk kepada matlamat PN memenangi semua kerusi yang ada di situ, melibatkan satu kerusi parlimen dan dua kerusi DUN iaitu Beserah dan Semambu.

    Ketika ini PN menguasai Beserah melalui Andansura, manakala Semambu dimenangi PH melalui Chan Chun Kuang (PKR).

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah