34.8 C
Kuala Lumpur
Monday, August 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pemuda MCA selar DAP ‘jilat ludah’ isu lantikan politik GLC

    Shopee Sale

    Pemuda MCA mengecam tindakan DAP yang didakwa "menjilat ludah sendiri" berhubung pelantikan politik dalam syarikat dan agensi berkaitan kerajaan (GLC).

    Mengulas pelantikan Penolong Setiausaha DAP Johor, Ng Siam Luang sebagai anggota Perbadanan SME Corp Malaysia serta Pengerusi DAP Sabah, Phoong Jin Zhe sebagai pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan Sabah (LPKPS), timbalan ketua Pemuda MCA, Mike Chong Yew Chuan berkata, parti itu kini dengan penuh rasa bangga meneruskan amalan berkenaan.

    Sedangkan, katanya DAP pernah berjanji untuk menghapuskannya sewaktu menjadi pembangkang dulu.

    “Hari ini ketika berkuasa, mereka teruskan amalan tersebut seolah-olah ia bukan lagi satu dosa. Tindakan mereka ini diumpamakan seperti menjilat ludah sendiri dan ia dibuat dengan penuh rasa bangga.

    “Timbul persoalan, apakah sudah berlaku perubahan prinsip, ataupun janji itu sekadar slogan untuk meraih undi, sama dengan janji-janji lain seperti menghapuskan tol, mengiktiraf UEC dan menghapuskan PTPTN?

    “Rakyat juga berhak tahu sama ada lantikan Ng dan Phoong dibuat atas merit, ataupun kesetiaan politik?” soalnya dalam satu kenyataan, hari ini.

    Chong turut membangkitkan senarai panjang pemimpin DAP yang menerima jawatan GLC sejak era Pakatan Harapan (PH) 1.0 hingga hari.

    MENARIK:  Kes polis bunuh pelajar: Kad memori 'dashcam' diakses pada 20 Dis - saksi

    Mereka, katanya antaranya temasuk Wong Kah Woh (Pengerusi SEDA), Wong Tack (Pengerusi MTIB), Tan Kok Wai (Duta Khas berstatus Menteri ke China), dan Charles Santiago (Pengerusi SPAN).

    “Apabila PH kembali menjadi kerajaan pada tahun 2022, sejarah sekali lagi berulang apabila amalan ini diteruskan dengan pelantikan Chong Chieng Jen (Pengerusi NIOSH), Khoo Poay Tiong (Pengerusi Lembaga Pelabuhan Melaka), Wong Shu Qi (Pengerusi TalentCorp), Ean Yong Hian Wah (Pengerusi PKA) dan Teng Chang Kim (Pengerusi SME Corp),” katanya lagi.

    Pemimpin MCA itu juga memetik dakwaan pendedahan bekas Adun Skudai, Marina Ibrahim mengenai tumpuan jawatan GLC sebagai alat tawar-menawar politik.

    “Beliau pernah ditawarkan jawatan dalam GLC sekiranya kalah dalam pilihan raya. Dakwaan sedemikian memberikan gambaran yang amat membimbangkan mengenai bagaimana jawatan dalam GLC boleh dijadikan sebagai alat tawar-menawar politik oleh Pakatan Harapan khususnya DAP yang dulu kononnya digambarkan sebagai berprinsip serta berintegriti.

    “Adakah pelantikan politik sudah menjadi sebahagian reformasi politik yang dilaungkan mereka?” soalnya lagi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah