29.5 C
Kuala Lumpur
Friday, October 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ziana Zain Kini Bergelar Datuk, Terima Darjah Kebesaran Melaka

    Shopee Sale

    Penyanyi Ziana Zain mencatat satu lagi pencapaian dalam perjalanan seninya apabila kini menerima gelaran Datuk selepas dikurniakan Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M.).

    Artikel Berkaitan: Ziana Zain Enggan Ulas Isu Bekas Suami Kahwin Baru – ‘Saya Sudah Mempunyai Kehidupan Sendiri’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Jangan Kedekut Dengan Ibu Bapa, Walaupun Dah Tak Serumah.. Berilah Sesuatu Tanda Ingatan’ – Ziana Zain

    Ziana Zain terima gelaran Datuk

    View this post on Instagram

    A post shared by Melaka Hari Ini (@melakahariini)

    Pengiktirafan tersebut disampaikan dalam Istiadat Penganugerahan Darjah, Tauliah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka yang diadakan bersempena Hari Jadi Ke-77 Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam.

    Ziana merupakan antara 189 individu yang menerima D.P.S.M. dalam istiadat berkenaan, melibatkan penerima daripada pelbagai bidang termasuk perkhidmatan awam, politik, korporat dan industri seni.

    MENARIK:  Fajar Noor Gegarkan Malaysia, Lebih 600 FajarSoul Serbu Showcase Sulung

    Dalam istiadat sama, seramai 1,328 individu menerima pelbagai darjah, tauliah, bintang dan pingat kebesaran Negeri Melaka.

    Sebelum ini, berita mengenai kemungkinan Ziana menerima gelaran Datuk juga pernah menjadi bualan, namun penyanyi itu memilih untuk tidak terlalu memikirkan perkara tersebut dan menyerahkan segala ketentuan kepada Allah SWT.

    Pelantun lagu Madah Berhelah itu pernah menjelaskan bahawa gelaran Datuk bukan sesuatu yang dikejarnya sepanjang bergelar anak seni. Sebaliknya keutamaannya adalah untuk terus berkarya dan menghiburkan peminat.

    Sumber: Kosmo, Melaka Hari Ini

    The post Ziana Zain Kini Bergelar Datuk, Terima Darjah Kebesaran Melaka first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah