28.5 C
Kuala Lumpur
Friday, July 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pemuda Bersatu gesa polis guna Sosma siasat warga Israel

    Shopee Sale

    Sayap Pemuda Bersatu (Armada) mencadangkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggunakan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) terhadap seorang warganegara Israel yang ditahan pada Rabu lalu.

    Dalam kenyataan, Ketua Pemuda Armada, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal turut menggesa pasukan keselamatan itu untuk memperketatkan kawalan sempadan bagi mengelak kejadian serupa berulang.

    Menurutnya lelaki berkenaan yang didapati memiliki enam pucuk pistol dan 200 butir peluru - perlu ditahan di bawah subseksyen 4(5) Sosma yang memperuntukan kuasa penahanan tidak lebih 28 hari bagi pihak PDRM untuk melakukan siasatan.

    "Tempoh tahanan panjang ini sangat kritikal bagi membenarkan pihak PDRM mendapatkan maklumat dari agensi-agensi serta jabatan-jabatan lain bagi menyempurnakan siasatan melibatkan keselamatan negara," kata Wan Ahmad Fayhsal.

    Semalam, Ketua Polis Negara Razarudin Husain memberitahu sidang akhbar bahawa pasukan polis telah menahan seorang warganegara Israel berusia 36 tahun yang memasuki negara ini menggunakan pasport Perancis.

    Polis merampas enam pistol dan 200 butir peluru dari sebuah bilik hotel ketika menahan suspek pada Rabu lalu.

    Menurut Razarudin, lelaki itu memberitahu pegawai penyiasat bahawa dia datang ke Malaysia untuk membunuh rakan senegaranya dari Israel kerana masalah keluarga.

    MENARIK:  Polis siasat video Jalur Gemilang diturunkan, diganti bendera Sabah, Sarawak

    Namun, pihak polis tidak mempercayai cerita keterangan lelaki itu dan telah mempertingkatkan kawalan keselamatan terhadap pemimpin negara.

    Wan Ahmad Fayhsal juga mencadangkan pihak berkuasa menghalang warganegara Israel daripada memasuki negara ini dengan menggunakan pasport asing lain.

    Ini, katanya, boleh dilakukan dengan melakukan semakan terhadap tempat pengeluaran pasport dan pangkalan data imigresen negara-negara lain.

    "Kawalan keselamatan sempadan negara perlu diperketatkan bagi mengelak individu yang dipercayai merancang dan berniat untuk melakukan keganasan di negara ini seperti mana yang disyaki keatas lelaki yang ditahan tersebut daripada masuk ke Malaysia," katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah