26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pemimpin DAP selar gesaan Perkasa untuk boikot Petronas

    Shopee Sale

    Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Astaka Jason Ng menyelar Perkasa kerana menggesa orang ramai memboikot stesen minyak Petronas selama seminggu.

    Perkasa membuat gesaan itu susulan tidak puas hati dengan keputusan Petronas melantik syarikat bukan bumiputera untuk kontrak berkaitan tenaga solar.

    “Usaha boikot Perkasa ini memburu publisiti demi keuntungan politik, sama seperti trend boikot yang sekarang ini menjadi wabak dalam negara.

    “Saya desak kerajaan ambil tindakan tegas terhadap pihak yang menghasut ketegangan kaum,” kata Ng mengulas kenyataan ketua Perkasa Syed Hasan Syed Ali.

    Jason Ng

    Dalam kenyataan hari ini, Ng berkata kenyataan Syed Hasan itu bukan saja berbaur perkauman tetapi juga bertentangan dengan asas-asas pasaran negara yang mengamalkan persaingan yang adil dan sihat.

    “Ancaman Perkasa kepada Petronas untuk memberi 50 peratus kontrak pemasangan panel di 300 kedainya di seluruh negara kepada syarikat Melayu/Bumiputera berdasarkan sentimen rasis, dan bukan berkaitan kemampuan syarikat,” katanya.

    Syed Hasan Syed Ali

    Ng berkata Solarvest Energy Sdn Bhd menerima kontrak itu ialah syarikat tersenarai di bursa saham dan terbukti pakar dalam sektor tenaga boleh diperbaharui. 

    MENARIK:  PRN Sabah: SPR dijangka bincang tarikh Khamis ini

    Kepakaran itu membuatkan mereka turut mendapat kontrak daripada Tenaga Nasional Berhad,bukan semata-mata Petronas.

    Terdahulu Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz berkata Solarvest Energy dipilih berdasarkan merit.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah