26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, July 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Foto Di Pejabat Agama Cetus Spekulasi, Bella Hanna Beri Penjelasan – ‘Tak Semua Orang Ke Sana Untuk Bercerai’

    Shopee Sale

    Isteri kepada pelakon Redza Rosli iaitu Bella Hanna mengakui tidak menyangka foto yang dimuat naik olehnya di sebuah pejabat agama pada Khamis telah mengundang pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen.

    Artikel Berkaitan: Bella Hanna Kongsi Foto Di Pejabat Agama, Cetus Tanda Tanya

    Bella Hanna beri penjelsan

    Menerusi hantaran di Threads, Bella atau nama penuhnya Farhana Nabila Rosman, 30, meluahkan rasa terkejut apabila ramai membuat andaian sendiri berhubung kehadirannya di pejabat agama.

    Ya ampun ramai dah salah faham ni.

    Dalam masa sama, Bella turut menasihatkan orang ramai agar tidak mudah bersangka buruk dan membuat andaian  terhadap sesuatu perkara tanpa mengetahui keadaan sebenar.

    Manusia mudah berburuk sangka dan membuat andaian. Kadang-kadang, memilih untuk berfikir yang baik jauh lebih menenangkan. Tak semua perkara perlu difahami dengan sangkaan.

    ‘Saya hanya post gambar’

    Menjawab pertanyaan salah seorang netizen di ruangan komen, Bella menjelaskan bahawa perkongsian tersebut hanyalah sekadar foto dan tidak berniat untuk mencetuskan spekulasi.

    MENARIK:  Sharnaaz Ahmad Bidas Balik, Netizen Ungkit Isu Nafkah RM500 – ‘Jaga Anak Tu Elok-Elok’

    Jelasnya lagi, perkongsian itu tidak mempunyai kaitan dengan perceraian seperti yang didakwa segelintir pihak.

    Takde apa yang mengundang pun, saya hanya post gambar di pejabat agama saja.

    Read more, luaskan knowledge. Not everyone yang pergi pejabat agama tu untuk bercerai ya.

    Sebelum ini, Bella memuat naik foto dirinya berada di Pejabat Agama Islam Hulu Langat, Selangor pada Khamis sehingga mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen.

    Susulan perkongsian itu, netizen mula membuat andaian bahawa kehadirannya ke pejabat agama mempunyai kaitan dengan rumah tangganya bersama suami, pelakon Redza Rosli.

    Untuk rekod, Redza dan Bella selamat mendirikan rumah tangga pada 21 Jun 2024. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Aydrean Raess pada 13 Januari lalu.

    Sumber: Threads Bella Hanna

    The post Foto Di Pejabat Agama Cetus Spekulasi, Bella Hanna Beri Penjelasan – ‘Tak Semua Orang Ke Sana Untuk Bercerai’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah