26.4 C
Kuala Lumpur
Monday, April 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pembunuhan wanita, anak disyaki kesan keganasan rumah tangga

    Shopee Sale

    Kematian seorang wanita dan anak perempuannya yang ditemukan di dalam longkang di belakang sebuah bangunan terbiar berdekatan Pekan Simpang Kuala, Alor Setar semalam dipercayai berpunca daripada keganasan rumah tangga.

    Timbalan Ketua Polis Kedah DCP Adzli Abu Shah berkata kejadian itu tidak melibatkan pihak lain atau keganasan terancang.

    Justeru katanyanya polis meminta orang ramai untuk menghentikan sebarang spekulasi yang tular dalam media sosial mengenai keadaan yang tidak selamat Kedah sehingga mencetuskan kegusaran masyarakat.

    “Polis menerima maklumat mengenai kejadian pada jam 5.04 petang semalam dan menjumpai dua mayat dengan kesan kelar pada leher kedua-dua mangsa.

    "Hasil risikan polis kemudian berjaya menahan suspek berumur 43 tahun yang merupakan suami dan bapa kepada mangsa jam 9.20 malam.

    “Siasatan awal mendapati suspek tinggal di bangunan terbiar itu sejak seminggu lepas bersama isteri dan tiga anak mereka.

    "Dalam kejadian semalam, polis menjumpai mayat isteri dan anak perempuannya yang berusia 10 tahun manakala seorang anak lelaki berusia lima tahun ditemukan selamat bersama suspek ketika ditahan,” katanya pada sidang media di Alor Setar hari ini.

    Sementara itu, Adzli berkata, polis juga sedang menyiasat penemuan satu mayat kanak-kanak lelaki dianggarkan berusia dua tahun yang dijumpai di Pantai Leman, Kuala Kedah pada 12 tengah hari tadi yang dipercayai merupakan anak bongsu suspek.

    “Siasatan awal terhadap mayat kanak-kanak itu turut menemukan kesan kelar sama seperti dua mayat semalam.

    "Jadi, polis percaya mayat itu merupakan anak bongsu suspek dan kami akan jalankan ujian DNA (asid deoksiribonukleik) untuk mengesahkan identiti mangsa,” katanya.

    MENARIK:  MCA 'tak sabar' tunggu hasil siasatan kes ancaman bunuh Teresa

    Adzli berkata polis mengesyaki kesemua mangsa dibunuh pada Ahad lalu di dalam bangunan terbiar itu sebelum dua mangsa dibuang di dalam longkang berdekatan.

    Pada malam kejadian, katanya, ada saksi yang ternampak suspek bersama anak lelakinya berada berhampiran longkang di Jalan Pegawai kira-kira dua kilometer dari bangunan itu dan terdengar seperti ada sesuatu yang dibuang di dalam longkang besar berkenaan.

    Dalam pada itu, Adzli berkata suspek yang hidup secara gelandangan bersama isteri dan anak-anak mereka turut positif tiga jenis dadah iaitu amphetamine, methamphetamine dan mop.

    “Mungkin suspek ada tekanan keluarga, ditambah pula bawah pengaruh dadah, jadi kemungkinan besar ini semua melibatkan keganasan rumah tangga tetapi polis akan soal siasat anak lelakinya yang berusia lima tahun itu kerana sekarang dia masih dalam keadaan trauma.

    “Suspek kini ditahan reman hingga 26 Ogos dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah