29.9 C
Kuala Lumpur
Monday, June 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    MCA 'tak sabar' tunggu hasil siasatan kes ancaman bunuh Teresa

    Shopee Sale

    Selepas 11 berlalu, MCA bertanya status perkembangan siasatan ancaman bunuh terhadap Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.

    Timbalan Ketua Sayap Wanita MCA Tee Hooi Ling berkata, pihaknya ‘tidak sabar’ menunggu siasatan berhubung ancaman peluru hidup dan nota berbunyi perkauman yang diterima ahli parlimen DAP itu.

    “Wanita MCA bukan sahaja bersimpati (dengan Kok), tetapi juga tidak sabar menanti keputusan kes ini kerana ia melibatkan keselamatan seorang ahli parlimen yang juga seorang wanita.

    "Apakah maklumat terkini mengenai kes itu? Adakah tiada CCTV di tempat kejadian? Adakah pelakunya telah dikenal pasti, dan ditangkap?" soal Tee hari ini.

    Tee turut berharap pihak polis akan mengheret pelaku terbabit ke muka pengadilan.

    MENARIK:  Meta mohon maaf isu salah terjemah berkaitan pertabalan Agong

    Kok sebelum ini dillapor menerima ancaman bunuh berupa dua butir peluru hidup dan nota berbunyi "'C*b**lu Cina?!!! Lu akan mati!!! Tunggu!!!' yang iletakkan dalam peti surat di kondominium miliknya.

    Susulan itu dia membuat laporan polis berhubung perkara itu.

    Ketua Polis Kuala Lumpur Rusdi Mohd Isa mengesahkan kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan atas kesalahan menakutkan secara jenayah dengan jalan perhubungan sembunyi nama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun, atau denda, atau kedua-duanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah