26.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, July 5, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pemandu lawan arus ditahan lepas lompat keluar dari lori

    Shopee Sale

    Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka berjaya menahan seorang pemandu lori yang cuba melarikan diri sejauh kira-kira 25 kilometer kerana memandu secara berbahaya dan melawan arus, ketika diarah berhenti di Lebuh SPA (Sungai Udang–Paya Rumput–Ayer Keroh) di Melaka hari ini.

    Pengarah JPJ negeri Muhammad Firdaus Shariff berkata dalam kejadian kira-kira 4.30 petang tadi, lelaki berumur 27 tahun yang memandu lori lima tan dengan muatan bahan binaan itu ditahan dengan kerjasama penduduk selepas dia melompat keluar daripada kenderaan untuk meloloskan diri di Taman Krubong Jaya di Melaka.

    Beliau berkata tindakan suspek juga menyebabkan lori terbabit bergerak tanpa kawalan sehingga merempuh sebuah rumah di taman berkenaan menyebabkan kerosakan pada pagar dan tembok kediaman selain sebuah kenderaan Mitsubishi Triton.

    "Suspek pada mulanya diarah berhenti untuk pemeriksaan anggota penguat kuasa JPJ yang sedang melakukan rondaan di Lebuh SPA, namun pemandu lori terbabit enggan berbuat demikian dan melarikan diri, menyebabkan anggota terpaksa mengejar selama 45 minit.

    "Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu dan suspek diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, laporan berhubung kejadian itu telah dibuat di Balai Polis Durian Tunggal," katanya dalam kenyataan di Melaka hari ini.

    MENARIK:  192,857 individu salah guna dadah tahun lepas, Kelantan tertinggi

    Beliau berkata semakan mendapati lori berkenaan mempunyai lapan saman lampau yang telah diselesaikan dan sebanyak lima notis saman baharu dikeluarkan terhadap pemandu terbabit atas kesalahan antaranya tiada lesen memandu kompeten (CDL) dan lesen kenderaan barangan (GDL), tidak mematuhi lampu isyarat merah dan memandu secara cuai.

    Dalam pada itu, Muhammad Firdaus berkata tindakan penguatkuasaan yang dilakukan dalam insiden itu mengikut prosedur yang ditetapkan bagi memastikan keselamatan jalan raya terjamin.

    Hari ini, tular di media sosial video berdurasi 42 saat yang merakam kejadian sebuah lori memandu melawan arus serta mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya lain ketika cuba melarikan diri daripada ditahan sebuah kenderaan penguat kuasa JPJ.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah