29 C
Kuala Lumpur
Monday, August 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pemandu Honda Jazz mengaku tak bersalah sebabkan 3 remaja maut

    Shopee Sale

    Pemandu Honda Jazz yang memandu secara berbahaya sehingga mengakibatkan tiga remaja maut dalam kemalangan di Jalan Persiaran Senawang 1 mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Seremban hari ini.

    Remaja lelaki berusia 17 tahun itu membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibaca di hadapan majistret Nurul Azuin Mohd Talhah.

    Dia didakwa memandu secara berbahaya dan menyebabkan kematian Muhammad Aidil Ramdan Abdullah, 15, Muhammad Aswari Lotpi, 16, dan Aisar Azim Abdullah, 17, mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara antara lima hingga 10 tahun dan denda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM50,000, jika sabit kesalahan.

    MENARIK:  Saya tetap Umno walaupun masuk Muafakat Nasional - Nazri

    Bagi kesalahan kedua, dia didakwa mengikut Seksyen 26(1) akta sama yang memperuntukkan denda tidak kurang RM300 hingga RM2,000 atau penjara tidak lebih tiga bulan atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

    Timbalan Pendakwa Raya P Rubini mencadangkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM8,000 namun peguam yang mewakili remaja itu merayu supaya jumlah jaminan dikurangkan.

    Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,300 dengan seorang penjamin dan mengarahkan remaja itu melaporkan diri di balai polis terdekat setiap bulan serta menetapkan 21 Mei ini sebagai tarikh sebutan semula.

    -Bernama


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah