29 C
Kuala Lumpur
Monday, August 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Kami Tak Berdendam Dengan Ibu Kandung Arwah’ – Abang Angkat Amir Qusyairi

    Shopee Sale

    Abang angkat Allahyarham Zubaidi Amir Qusyairi Abdul Malek akui tidak menyimpan sebarang dendam susulan tindakan ibu kandung arwah yang menderanya sehingga maut.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ibu Angkat Diuji Strok, Kerap Panggil Nama Arwah Amir Qusyairi

    MENARIK:  [VIDEO] Sedang Sakit Tekak, Uqasha Senrose Diamkan Diri Dari Komen Spekulasi Rumah Tangga Bersama Kamal Adli

    Artikel Berkaitan: ‘Datanglah Rumah Nanti’ – Ibu Angkat Mahu Belanja Netizen ‘Laksa Sarang’ Kegemaran Arwah Amir

    Tiada simpan dendam

    " data-video-id="7669646359506504981" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @abangcrime

    This is one of the hardest episode for me. Sorry guys! Abang crime surrender! Tak boleh tahan.. 😭 2021 lepas covid, ini berita yang buatkan satu Malaysia menitiskan air mata. Kes dera & Bun*h adik Amir setelah diserahkan dekat ibu kandung. Dengar kisah sebenar kes ini daripada keluarga di Podcast Borak Balai By Abang Crime di Youtube

    ♬ original sound – Abang Crime | Faizal Murad – Abang Crime | Faizal Murad

    Menerusi perkongsian di TikTok, individu yang dikenali sebagai Bangah itu menyifatkan pemergian Amir sebagai satu kehilangan yang amat berat.

    Menurut Bangah, dia menyedari perubahan pada diri arwah namun tidak pernah menyangka ibu kandung serta bapa tirinya tergamak menderanya sehingga maut.

    Arwah memang sangat petah bercakap. Bila dia balik dengan ibu kandung dia, rasa sangat sunyi.

    Sebelum arwah meninggal, kita sempat jumpa dua kali. Sebagai abang yang menjaga dia dari kecil, kita memang nampak ada perkara yang disorokkan.

    Tambahnya, dia amat bersyukur apabila menerima maklumat daripada jiran ibu kandung arwah yang memaklumkan mengenai kejadian tersebut.

    Kita sangat berterima kasih pada jiran yang bagitahu kami. Kalau dia tak bagitahu, kami tak tahu akan dapat ke tidak berita ini.

    Sampai sekarang kita tak pernah dendam dengan ibu kandung arwah.

    Terdahulu, seorang kanak-kanak lelaki itu ditemui meninggal dunia dalam dalam tong air setinggi 60.9 sentimeter oleh suspek lelaki yang juga bapa tirinya di Taman Krubong Jaya. Pasangan suami isteri itu kemudiannya ditahan reman sejak 30 Januari lalu sehingga Khamis ini.

    Pada masa yang sama, kes ini turut mendapat perhatian rakyat Malaysia yang rata-rata turut bersimpati dengan nasib yang menimpa mangsa.

    Terkini, abang angkat arwah memaklumkan kes telah diselesaikan namun masih tiada kekuatan untuk memberitahu secara umum ekoran keadaan Norlida yang masih meratapi pemergian mangsa.

    Sumber: TikTok @abangcrime

    The post [VIDEO] ‘Kami Tak Berdendam Dengan Ibu Kandung Arwah’ – Abang Angkat Amir Qusyairi first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah