29.6 C
Kuala Lumpur
Monday, August 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Undian Anugerah Ikon Artis Pilihan Shopee Dibuka, Pemenang Bakal Bawa Pulang RM50,000

    Shopee Sale

    Debaran Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40) semakin terasa apabila kategori khas, Anugerah Ikon Artis Pilihan Shopee kini dibuka untuk undian orang ramai bermula 2 Ogos sehingga 15 Ogos 2026.

    Artikel Berkaitan: AJL40: KOI Dedah Sebab Kekal Bertopeng, Kadang ‘Lari’ Ambil Nafas Di Acara

    Artikel Berkaitan: AJL40: Lagu ‘Tiwikarma’ Diramal Jadi Juara, KOI Tidak Letak Harapan Tinggi – ‘Juri Profesional Akan Menentukan’

    Anugerah Ikon Pilihan Shopee

    Menerusi kerjasama strategik antara AJL40 dan platform e-dagang Shopee, peminat kini diberi kuasa sepenuhnya untuk menentukan pemenang pada malam kemuncak acara berprestij itu nanti.

    Pemenang kategori ini bukan sahaja akan membawa pulang trofi, malah bakal menerima ganjaran wang tunai berjumlah RM50,000 serta kontrak sebagai Duta Kempen Shopee.

    Peminat boleh mengundi artis kegemaran mereka setiap hari dengan hanya membuka aplikasi Shopee dan mencari kata kunci AJL40 atau membuat undian secara terus melalui 

    Dalam pada itu, mereka yang masih belum memiliki tiket malam kemuncak AJL40 masih berpeluang untuk memiliki dalam kuantiti yang sangat terhad masih ditawarkan kepada umum.

    MENARIK:  Alif Satar Gembira Lihat Ramai Gen Z Qiyam Di Masjid – ‘Generasi Akan Datang Kuat’

    Tiket boleh didapati menerusi pautan 

    Sebaik berjaya mendapatkan tiket, jangan lepaskan peluang untuk terus mengundi artis kegemaran setiap hari sepanjang tempoh kempen sehingga 15 Ogos 2026.

    Undi artis kegemaran dan tentukan siapakah yang bakal dinobatkan sebagai penerima Anugerah Ikon Artis Pilihan Shopee di pentas AJL40.

    The post Undian Anugerah Ikon Artis Pilihan Shopee Dibuka, Pemenang Bakal Bawa Pulang RM50,000 first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah