Pelakon Kilafairy, tampil memberi respon berhubung kenyataanya sebelum ini mengenai isu kematian seekor anjing bernama Rocky.
Artikel Berkaitan: Jinggo Nasihat Kilafairy Isu Rocky – ‘Doa & Kata-Kata Awak Sangat Tidak Baik’
Respon Kilafairy

Menerusi hantaran terbaharu di Threads, Kilafairy atau nama lengkapnya Syakila Nisa Jahangir Khan, 33, memohon maaf di atas keterlanjurannya berikutan menghamburkan kata-kata negatif terhadap individu yang dituduh melakukan perbuatan tersebut.
Saya nak minta maaf atas pemilihan kata-kata yang saya gunakan di Threads beberapa hari lepas.
Melihat kembali, ya ia sangat kasar.
Maaf semua, saya cuma manusia yang tak sempurna dan masih belajar menjadi insan yang lebih baik dari hari ke hari.
Dalam masa sama, Kilafairy juga menerima dengan hati yang terbuka dan menghargai segala teguran daripada semua pihak berikutan kekhilafannya itu.
Terima kasih juga kepada semua yang menegur dan menasihatkan saya secara peribadi dan tertutup, saya sangat hargai.
Saya juga telah go thru penjelasan daripada kedua-dua belah pihak mengenai kes Rocky ini.
Selain itu, Kilafairy turut berharap agar kasih sayang sesama makhluk akan sentiasa terjalin, tidak kira sama ada sesama manusia atau haiwan.
Pada akhirnya, apa yang saya harapkan adalah bila adanya kes sebegini, semua pihak dapat mengawal keadaan dengan adil dan secara tenang.
Semoga kita bersama-sama membina dunia yang lebih baik, penuh dengan belas ihsan dan keadilan buat setiap makhluk ciptaan Allah di muka bumi ini, baik manusia mahupun haiwan. Hanya cinta, tiada kebencian.
Sekali lagi saya minta maaf atas memilihan kata-kata yang menyinggung ramai pihak. Saya sayang anda semua dan terima kasih kerana menasihati saya.
Terdahulu, Kilafairy lantang bersuara mengenai isu kematian Rocky dan didakwa melemparkan kata-kata negatif dengan mendoakan agar individu yang didakwa terlibat menerima balasan buruk.
Kenyataan tersebut kemudian menerima pelbagai reaksi daripada warganet yang rata-rata tidak bersetuju dengannya berikutan membuat tanggapan dan dakwaan tanpa mendapatkan maklumat lengkap mengenai isu kematian Rocky.
Sumber: Threads
The post Guna Kata-Kata Kasar, Kilafairy Mohon Maaf Isu Kematian Rocky – ‘Terima Kasih Kepada Yang Tegur & Menasihati Saya’ first appeared on OHBULAN!.





