29 C
Kuala Lumpur
Monday, August 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tragedi guru maut: KPM tingkatkan sokongan psikososial

    Shopee Sale

    Kementerian Pendidikan (KPM) sedang menggerakkan segala ikhtiar bagi memastikan sokongan psikososial kepada warga sekolah berada pada tahap sebaiknya susulan insiden kematian seorang guru wanita di Selangor, baru-baru ini.

    Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata beliau mengambil maklum kegusaran dalam kalangan warga pendidik serta masyarakat berhubung kejadian itu, yang disifatkan sangat dekat dihatinya memandangkan beliau memulakan perjalanan dalam politik sebagai seorang aktivis kesihatan mental.

    Beliau berkata kementerian sentiasa mengambil berat aspek kesihatan mental warga pendidikan menerusi kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Kementerian Kesihatan (KKM) dan kaunselor.

    “Masih banyak yang perlu kita lakukan dan kita akan terus melakukannya bersama-sama. Buat semua cikgu yang saya sayangi, ketahuilah bahawa anda tidak bersendirian,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

    Sementara itu, Fadhlina merayu semua pihak menghormati privasi keluarga mangsa, mengelakkan sebarang spekulasi dan memberi ruang kepada polis untuk menjalankan siasatan secara teliti bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

    MENARIK:  Rafizi: Saya bukan macam Anwar obses nak jadi PM

    Beliau turut mengajak guru meluangkan masa untuk bertanya khabar, mendengar dan memastikan rakan sekerja berada dalam keadaan yang baik.

    “Kadang kala, satu pertanyaan ikhlas mampu memberi kekuatan yang sangat besar,” katanya.

    Pada Khamis lepas, media melaporkan seorang guru wanita ditemukan meninggal dunia di sebuah sekolah di Hulu Selangor.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah