29.6 C
Kuala Lumpur
Monday, August 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Nabila Razali Ulas Isu Juara Pertandingan Tak Semestinya Popular – ‘Aura Bukan Sesuatu Boleh Dibeli’

    Shopee Sale

    Penyanyi, Nabila Razali berkongsi pandangan mengenai persepsi segelintir pihak yang mengatakan bergelar juara pertandingan nyanyian bukan lagi penentu seseorang artis untuk kekal popular.

    Artikel Berkaitan: #BabyXTRA: Nabila Razali Hampir ‘Breakdown’ Ketika Bersalin, Bahagia Besarkan Muhammad

    Artikel Berkaitan: Nabila Razali Selamat Timang Cahaya Mata Lelaki Sulung – ‘Allah Kurniakan Amanah Buat Saya & Suami’

    Usaha & manfaatkan kelebihan

    Nabila atau nama lengkapnya Nur Nabila Mohd. Razali, 33, percaya gelaran juara bukan penentu kejayaan dalam industri, sebaliknya usaha, disiplin dan memanfaatkan kelebihan diri menjadi perkara lebih penting untuk terus relevan.

    Saya sedar kemampuan saya setakat mana. Jadi, mengapa perlu membandingkan diri dengan orang lain? Saya hanya fokus memperbaiki diri supaya menjadi insan lebih baik dari semasa ke semasa.

    Setiap manusia mempunyai kelebihan tersendiri. Saya percaya apa ada pada diri saya mungkin tidak dimiliki orang lain, begitu juga sebaliknya.

    Saya memilih menerima kelebihan dimiliki dan menggunakannya sebaik mungkin. Semua orang perlu bersyukur dengan apa dimiliki, bukannya terlalu mengejar perkara tidak semestinya sesuai untuk diri sendiri.

    Nabila berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran Red Box Karaoke Melaka yang berlangsung pada Sabtu.

    Berkongsi lanjut, pelantun lagu Peluang Kedua itu turut menolak anggapan bahawa peserta yang tidak bergelar juara lebih mudah mencipta nama berbanding pemenang pertandingan.

    MENARIK:  Rebecca Nur Al Islam Jawab Pertanyaan Netizen Akan Kahwin Dalam Masa Terdekat? – ‘Doakan Saya’

    Menurutnya, tiada istilah ‘badi’ dalam soal populariti kerana perjalanan setiap artis bergantung kepada apa yang dilakukan selepas pertandingan berakhir.

    Bagi saya, tiada istilah badi. Kalau sudah ditakdirkan menjadi juara, maka juaralah. Kalau sekadar naib juara atau peserta lain, itu juga ketentuan.

    Apa lebih penting ialah usaha selepas pertandingan. Ada juara mungkin selesa menunggu peluang, tetapi peserta bukan juara sedar mereka perlu bekerja lebih keras, buat lebih banyak perkara dan membuktikan kemampuan.

    Di situlah orang nampak usaha seseorang. Bakat memang penting, tetapi usaha, doa serta sokongan pasukan pengurusan turut memainkan peranan besar dalam menentukan kejayaan.

    Tambah ibu kepada seorang cahaya mata itu, populariti dan aura seseorang artis juga tidak boleh diperoleh dengan mudah kerana kedua-duanya perlu dibina menerusi kerja keras dan konsistensi.

    Aura bukan sesuatu boleh dibeli atau dicari. Aura dibina sedikit demi sedikit melalui kerja keras. Kalau kita sendiri malas dan tidak mahu berubah menjadi lebih baik, sukar untuk berjaya.

    Saya tidak suka bercakap tentang orang lain. Saya lebih suka melihat diri sendiri dan bertanya, dalam lima atau 10 tahun lagi saya mahu menjadi penyanyi seperti apa.

    The post Nabila Razali Ulas Isu Juara Pertandingan Tak Semestinya Popular – ‘Aura Bukan Sesuatu Boleh Dibeli’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah