Segmen #TriviaXTRA kembali mendekati selebriti tempatan bagi membongkar sisi peribadi mereka yang mungkin jarang diketahui peminat.
Bukan sekadar berkongsi mengenai perkembangan kerjaya, mereka turut mendedahkan tabiat unik, karakter sebenar serta perkara menarik tentang diri masing-masing.
Artikel Berkaitan: #BabyXTRA: Nabila Razali Hampir ‘Breakdown’ Ketika Bersalin, Bahagia Besarkan Muhammad
Artikel Berkaitan: #ThrowbackXTRA: ‘Sampai Sekarang Saya Rasa Mereka Kecewa’- Nabila Razali Masih Dihantui Insiden Terkucil Di Pentas AJL35
Seorang yang cengeng?
Menerusi segmen #TriviaXTRA minggu ini, penyanyi dan pelakon, Nabila Razali berkongsi beberapa fakta mengenai dirinya yang mungkin tidak pernah diketahui ramai.
Di sebalik penampilannya yang sentiasa ceria dan yakin di hadapan kamera, Nabila mengakui dirinya sebenarnya seorang yang mudah tersentuh.
Saya seorang yang cengeng, sedikit sensitif.
Seorang pelawak juga rupanya Nabila ni
Namun, sisi emosional itu turut diseimbangkan dengan personalitinya yang ceria. Menurut pelantun lagu Pematah Hati itu, dia juga seorang yang gemar berjenaka apabila bersama individu yang rapat dengannya.
Saya sebenarnya seorang yang sangat kelakar.
Wajib ada baju anak ketika ‘outstation‘
Selepas bergelar ibu, Nabila turut mendedahkan dia sukar berjauhan dengan anaknya, terutama apabila perlu keluar daerah atas urusan kerja.
Malah, dia akan membawa pakaian yang pernah dipakai anaknya sebagai peneman ketika bermalam di luar.
Selepas ada anak, kalau saya kena ‘outstation’, saya tidur tanpa anak saya. Saya kena ada baju dia yang dia dah pakai sebab ada bau dia.
The post #TriviaXTRA: Di Sebalik Imej Ceria, Nabila Razali Akui Mudah Menangis & Sukar Berjauhan Dengan Anak first appeared on OHBULAN!.





