33.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 8, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pemandu bas rempuh 11 kenderaan direman empat hari

    Shopee Sale

    Mahkamah Majistret Batu Pahat hari ini membenarkan perintah reman empat hari terhadap seorang pemandu bas yang melanggar 11 kenderaan di persimpangan lampu isyarat di Jalan Tan Swee Hoe-jalan Kluang dekat Batu Pahat, pagi semalam.

    Perintah reman terhadap lelaki berusia 51 itu dibenarkan Majistret Suhaila Shafi’uddin bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

    Dalam kejadian 10.40 pagi itu, sebuah bas dipercayai telah merempuh 11 kenderaan lain iaitu dua buah lori dan sembilan kereta.

    Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Ismail Dollah berkata berkata siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada sebuah bas yang datang dari arah bandar Batu Pahat menghala ke Jalan Kluang, telah hilang kawalan dipercayai akibat kegagalan brek.

    MENARIK:  Banjir Aceh: Enam rakyat Malaysia selamat pulang, seorang masih hilang

    Bas itu kemudiannya melanggar 11 kenderaan lain yang sedang berhenti di persimpangan lampu isyarat.

    Bagaimanapun insiden tersebut hanya melibatkan kerosakan kenderaan dan kecederaan ringan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah