31.9 C
Kuala Lumpur
Monday, June 8, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pelantikan Izzah, Saifuddin beri kelebihan pada PKR hadapi pilihan raya – Fahmi

    Shopee Sale

    Pelantikan Timbalan Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan Setiausaha Agung Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sebagai Pengarah Pilihan Raya Bersama disifatkan mampu memberikan kelebihan kepada PKR dalam menghadapi pilihan raya akan datang.

    Ketua Penerangan PKR Datuk Fahmi Fadzil berkata kedua-dua pemimpin itu pernah memikul tanggungjawab berkenaan sebelum ini, selain masing-masing mempunyai pengalaman serta kekuatan dalam merangka strategi parti.

    “Kedua-duanya pernah memikul tugas tersebut dan dalam keadaan ini, ia memberikan kelebihan kepada PKR kerana mereka saling melengkapi dan mempunyai kekuatan tersendiri.

    “Jadi, saya lihat ini satu impak positif kepada PKR, Pakatan Harapan dan Kerajaan Perpaduan,” katanya kepada pemberita pada Karnival Kita MADANI peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya di IWK Eco Park, Lembah Pantai, di Kuala Lumpur hari ini.

    Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Julaina Johan.

    MENARIK:  Ops khas HRA 2024: JPJ kesan lebih 16,000 kes pandu lebih had laju

    Semalam, Fahmi yang juga Menteri Komunikasi dalam kenyataan memaklumkan pelantikan Nurul Izzah dan Saifuddin Nasution bagi jawatan itu diputuskan dalam Mesyuarat Biro Politik dan Majlis Pimpinan Pusat (MPP).

    Mesyuarat berkenaan turut bersetuju melantik semula Fahmi sebagai Ketua Penerangan PKR, manakala Datuk Dr Fuziah Salleh dan William Leong kekal memegang jawatan masing-masing sebagai Setiausaha Agung dan Bendahari Agung PKR.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah