31.9 C
Kuala Lumpur
Monday, June 8, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Dulu Berebut Nak Kerja Kerajaan, Sekarang Ramai Anak Muda Tak Mahu Sebab Permulaan Gaji Rendah?

    Shopee Sale

    Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, trend dalam kalangan graduan dan anak muda di Malaysia menunjukkan perubahan ketara apabila semakin ramai tidak lagi meletakkan sektor kerajaan sebagai pilihan utama kerjaya.

    Artikel Berkaitan: Bekerja Dari Rumah, RUU Anti Gangguan Seksual Antara Komitmen Kerajaan Terhadap Golongan Wanita

    Isu gaji & kemahiran

    Dahulu, pekerjaan kerajaan dianggap stabil, berprestij dan terjamin, namun persepsi itu kini mula berubah seiring dengan perkembangan pasaran kerja, gaya hidup generasi muda serta realiti ekonomi semasa.

    Antara faktor utama yang sering dibangkitkan ialah isu gaji. Kajian Khazanah Research Institute (KRI) menunjukkan ramai graduan di Malaysia berdepan masalah “overqualified but underpaid”.

    Hampir separuh graduan bekerja dalam bidang yang tidak sepadan dengan kelayakan mereka dan ramai menerima gaji permulaan yang rendah berbanding jangkaan pasaran.

    Walaupun sektor kerajaan menawarkan kenaikan gaji yang stabil, anak muda kini lebih cenderung memilih sektor swasta atau ekonomi gig yang menawarkan pendapatan lebih tinggi pada peringkat awal.

    Selain itu, isu ketidaksepadanan kemahiran atau ‘job mismatch’. Kajian juga menunjukkan isu ‘skill mismatch’ masih berleluasa dalam pasaran kerja Malaysia, apabila ramai graduan tidak bekerja dalam bidang yang mereka pelajari.

    Keadaan ini menyebabkan anak muda lebih memilih pekerjaan yang memberi ruang perkembangan kemahiran lebih cepat berbanding laluan kerjaya tetap dalam kerajaan.

    Selain itu, struktur pekerjaan di Malaysia didapati lebih banyak tertumpu kepada pekerjaan separa mahir berbanding pekerjaan berkemahiran tinggi.

    Dalam pada itu, sektor kerajaan sering dikaitkan dengan kenaikan pangkat yang lebih berstruktur tetapi perlahan. Bagi generasi muda yang mahukan perkembangan kerjaya pantas, pengalaman pelbagai dan mobiliti kerja yang lebih fleksibel, sektor swasta lebih menarik.

    MENARIK:  [VIDEO] Isu Jenazah Mualaf Dibakar, Shaniena Natasya Gesa Tukar Status Agama Di JPN – ‘Dekat Dunia Kita Mungkin Terlepas’

    Kajian PNBRI juga mendapati ramai anak muda bertukar kerja kerana mencari peluang lebih baik, bukan kerana kurang kesetiaan, tetapi kerana struktur kerjaya yang lebih kompetitif dan fleksibel diperlukan untuk kestabilan hidup.

    Isu persepsi & peluang

    Sebahagian anak muda berpendapat kerja kerajaan melibatkan birokrasi yang ketat, prosedur yang panjang serta kurang ruang inovasi. Walaupun tidak semua jabatan begitu, persepsi ini mempengaruhi minat mereka.

    Di media sosial seperti X (Twitter) dan TikTok, ramai pengguna berkongsi pandangan bahawa kerja kerajaan dianggap kurang dinamik berbanding sektor teknologi, startup dan industri kreatif.

    Contohnya, perbincangan di aplikasi Reddit Malaysia menunjukkan graduan lebih cenderung melihat pekerjaan berdasarkan ‘skill growth’ dan pengalaman kerja berbanding status pekerjaan.

    Selian itu, perkembangan ekonomi digital, kerja jarak jauh (remote work), freelance dan startup turut membuka banyak peluang baru kepada generasi muda.

    Ini menjadikan mereka tidak lagi terlalu bergantung kepada pekerjaan tetap kerajaan sebagai ‘laluan selamat’. Bidang seperti IT, pemasaran digital, perniagaan online menawarkan fleksibiliti masa serta potensi pendapatan lebih tinggi.

    Justeru, perubahan sikap anak muda terhadap kerjaya kerajaan bukanlah kerana mereka menolak sepenuhnya, tetapi lebih kepada perubahan nilai, keperluan dan realiti ekonomi semasa.

    Faktor seperti gaji permulaan, peluang kenaikan kerjaya, kesesuaian kemahiran serta perkembangan industri moden memainkan peranan besar dalam menentukan pilihan mereka.

    Secara ringkas, generasi muda hari ini lebih memilih kerjaya yang menawarkan fleksibiliti, pendapatan lebih tinggi, dan perkembangan pantas, berbanding sekadar jaminan kestabilan semata-mata.

    Sumber: Malay Mail, UiTM, Relevan, Khazanah

    The post Dulu Berebut Nak Kerja Kerajaan, Sekarang Ramai Anak Muda Tak Mahu Sebab Permulaan Gaji Rendah? first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah