Individu yang dipercayai seorang peguam tampil berkongsi sebuah kes mengenai seorang remaja yang didakwa menuduh bapanya melakukan jenayah seksual.
Artikel Berkaitan: Bapa Mengaku Salah Rogol Anak, Hakim Menangis Jatuhkan Hukuman – ‘Kamu Sepatutnya Jadi Wira Dalam Keluarga’
Artikel Berkaitan: Lelaki Mengaku Bersalah Perkosa Anak Kandung Sampai Hamil
Anak tuduh bapa

Menerusi perkongsian di Threads, individu tersebut mendakwa remaja itu berbuat demikian kerana mahu tinggal bersama ibu saudara berikutan kediamannya sempit dengan adik-beradik yang ramai.
Seorang anak remaja buat laporan polis terhadap ayahnya, dia kata kena gangguan seksual.
Sebab nak duduk dengan mak cik dekat rumah banglo, tak nak duduk flat kecil dengan lapan adik-beradik yang lain. Campur ibu bapanya 10 orang.
Menurut individu berkenaan, remaja tersebut telah diminta oleh ibu saudaranya sendiri untuk berbuat demikian, namun kes itu tidak diteruskan.
Mak cik dia tak ada anak, jadi dia yang ajar buat macam itu. Mak cik dia kata, kalau buat dakwaan macam tu, dia pasti akan diasingkan dari ibu bapa.
Tak pasal-pasal ayahnya kena tuduh dekat mahkamah.
Akhirnya, kes tersebut digugurkan sebab tak ada bukti dan anak itu mengaku sendiri dia sengaja buat macam tu.
Komen netizen



Menjengah ke ruangan komen, warganet memberikan pelbagai reaksi terhadap kes tersebut. Antaranya, mereka mengecam tindakan remaja itu dan ibu saudaranya kerana tergamak menuduh seseorang yang tidak bersalah.
Dalam masa sama, terdapat segelintir warganet yang memahami keadaan remaja tersebut yang berkemungkinan tertekan dengan kesusahan hidup.
Sumber: Threads
The post Remaja Tuduh Bapa Lakukan Gangguan Seksual Demi Tinggal Di Banglo Bersama Mak Cik – ‘Tak Nak Duduk Flat Dengan 8 Adik-Beradik’ first appeared on OHBULAN!.





