31.9 C
Kuala Lumpur
Monday, June 8, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Al Ghazali Ganti Tyo Nugros, Konsert Dewa 19 ‘Cintaku Tertinggal Di Malaysia’ Puaskan Hati Baladewa & Baladewi

    Shopee Sale

    Kuala Lumpur sekali lagi menjadi saksi kehebatan legenda rock Indonesia apabila Dewa 19 menghidangkan persembahan bertenaga menerusi konsert Dewa 19 : Cintaku Tertinggal Di Malaysia yang berlangsung di Unifi Arena, Bukit Jalil pada Sabtu lalu.

    Artikel Berkaitan: Diringi 54 Pemuzik Orkestra Dari Malaysia, Konsert Dewa 19 Pukau 7,000 Penonton

    Malam penuh kenangan

    Ribuan peminat yang memenuhi ruang stadium bukan sahaja disajikan dengan deretan lagu malar segar seperti Roman Picisan, Risalah Hati, Separuh Nafas dan Kangen, malah turut menjadi sebahagian daripada sebuah malam yang sarat dengan drama di sebalik tabir.

    Sejak lampu pentas dinyalakan, aura Dewa 19 jelas mendominasi suasana. Ahmad Dhani bersama barisan pemuzik lain berjaya menghidupkan nostalgia lebih tiga dekad perjalanan muzik mereka.

    Setiap lagu dinyanyikan beramai-ramai oleh peminat yang hadir, menjadikan konsert itu lebih daripada sekadar persembahan, sebaliknya sebuah pertemuan emosional antara kumpulan legenda dan para Baladewa di Malaysia.

    Tyo terkandas

    Namun, di sebalik kemeriahan tersebut, konsert berkenaan sebenarnya berdepan cabaran besar apabila pemain dram asal yang sinonim dengan Dewa 19, Tyo Nugros tidak dapat menyertai konsert selepas terkandas akibat isu imigresen ketika dalam perjalanan ke Malaysia.

    Situasi itu mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat yang sememangnya menantikan kemunculan Tyo bersama kumpulan tersebut.

    MENARIK:  ‘De Fam Ada Etika Pemakaian Yang Ditetapkan, Sebagai Muslim Kami Tahu Apa Boleh Pakai’ – Azira Shafinaz

    Difahamkan, pihak pengurusan sendiri tidak dapat mengesahkan punca sebenar masalah yang menyebabkan Tyo gagal memasuki negara ini.

    Bagaimanapun, kehampaan itu telah diubati dengan kemunculan anak kepada Ahmad Dhani iaitu Al Ghazali yang mengisi kekosongan ditinggalkan Tyo.

    Walaupun memikul tanggungjawab besar menggantikan seorang pemuzik berpengalaman seperti Tyo, Al berjaya melaksanakan tugasnya dengan baik dan memastikan momentum persembahan tidak terjejas.

    Malah, ramai peminat menyifatkan kehadiran Al sebagai simbol kesinambungan legasi keluarga Ahmad Dhani dalam dunia muzik.

    Benar cinta tinggal di Malaysia

    Konsert Dewa 19 : Cintaku Tertinggal Di Malaysia turut dihangatkan dengan kemunculan tiga vokalis popular kumpulan itu iaitu Ari Lasso, Marcello Tahitoe dan Virzha.

    Secara keseluruhannya, konsert Dewa 19 : Cintaku Tertinggal Di Malaysia berjaya memenuhi jangkaan peminat yang dahagakan persembahan berkualiti daripada kumpulan legenda itu.

    Dari sudut persembahan, susunan lagu, interaksi dengan penonton dan kejutan yang berlaku di pentas, malam itu membuktikan bahawa nama Dewa 19 masih utuh sebagai antara kumpulan rock paling berpengaruh di rantau ini.

    The post Al Ghazali Ganti Tyo Nugros, Konsert Dewa 19 ‘Cintaku Tertinggal Di Malaysia’ Puaskan Hati Baladewa & Baladewi first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah