33.9 C
Kuala Lumpur
Monday, June 8, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ubai Kongsi Pengalaman Kena ‘Scam’ Beli Alat Ganti Kereta – ‘Merangkak Lah Kau Dengan RM50 Tu Nanti’

    Shopee Sale

    Suami kepada penyanyi, Shila Amzah iaitu Ubai mendakwa menjadi mangsa penipuan ketika cuba membeli alat ganti kereta menerusi sebuah kumpulan Facebook baru-baru ini.

    Artikel Berkaitan: Ubai Hadiahkan Suzuki Vitara Buat Adik – ‘Semoga Menjadi Guru Yang Berdedikasi Seperti Arwah Mak Impikan’

    Artikel Berkaitan: ‘Adik Meninggal Seminggu Sebelum Bertunang & Mak Meninggal 6 Hari Sebelum Saya Bernikah’ – Ubai

    Ubai kena scam RM50

    View on Threads

    Menerusi hantaran yang dimuat naik di Threads, Ubai atau nama lengkapnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli berkongsi pengalaman apabila wang pendahuluan yang dibayarnya dipercayai lesap selepas individu terbabit gagal dihubungi.

    Saya beli sparepart kereta dalam group kereta kat FB RM100. Cara borak dia meyakinkan. So kita pun transfer lah RM50 dulu.

    Lepas dah transfer lain cerita pulak. Lepas tu ghaib.

    Ubai turut meluahkan rasa kecewa dengan tindakan individu tersebut yang sanggup mengambil kesempatan dan menipu orang lain demi mendapatkan wang.

    Semoga merangkak lah kau dengan RM50 tu nanti. RM50 untuk sesetengah orang mungkin kecil, tapi sangat besar bagi mereka yang memerlukan.

    Ini baru seorang, bayangkan sebulan berapa ramai dia scam,.

    Dalam hantaran sama, Ubai turut berkongsi tangkap layar perbualan dengan individu berkenaan yang pada awalnya bersetuju menerima bayaran separuh daripada harga barang sebelum meminta pembayaran penuh dibuat.

    MENARIK:  Lelaki Miang! Sambil Cakap Telefon Tayang Kemaluan

    Susulan kejadian itu, Ubai mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika berurusan secara dalam talian bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan yang sama.

    Sumber: Ubai MZ

    The post Ubai Kongsi Pengalaman Kena ‘Scam’ Beli Alat Ganti Kereta – ‘Merangkak Lah Kau Dengan RM50 Tu Nanti’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah