31.9 C
Kuala Lumpur
Monday, June 8, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Wanita Disyaki Kurung Anak Angkat Dalam Stor Sepanjang Cuti Sekolah – ‘Mangsa Dimarahi & Dipukul’

    Shopee Sale

    Seorang wanita ditahan bagi membantu siasatan selepas dipercayai mengabaikan dan mendera anak angkatnya yang berusia sembilan tahun.

    Artikel Berkaitan: Kanak-Kanak 5 Tahun Maut Didera Bapa & Ibu Tiri, Ada Kesan Terbakar Akibat Puntung Rokok

    Artikel Berkaitan: Kanak-Kanak 11 Tahun Ditahan, Disyaki Bunuh Adik Kandung

    Mangsa didakwa didera

    Memetik laporan Sinar Harian, kanak-kanak perempuan itu dipercayai dipaksa tinggal di dalam sebuah stor di belakang rumah keluarga berkenaan di Taman Tuanku Jaafar, Seremban sepanjang tempoh cuti sekolah bermula Mei hingga Jun lalu.

    Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Yatim Osman berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 7.22 malam Ahad sebelum bertindak menyelamatkan mangsa.

    Hasil siasatan awal mendapati, mangsa merupakan anak angkat kepada sebuah keluarga sejak berusia setahun lapan bulan.

    Menurut beliau, siasatan awal mendapati mangsa ditempatkan di dalam stor yang tidak berkunci dan hanya dibenarkan masuk ke dalam rumah untuk menggunakan tandas sebelum diarahkan kembali ke stor tersebut.

    MENARIK:  Natasha Hudson Tanggal Semula Tudung? Didakwa Padam Semua Foto Berhijab Di IG

    Malah, mangsa dipercayai hanya diberikan makanan sebanyak dua kali sehari sepanjang berada di situ.

    Mangsa juga sering dimarahi dan dipukul oleh suspek yang merupakan ibu angkatnya disebabkan hal-hal kecil seperti curi makanan di waktu malam.

    Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk rawatan dan hasil pemeriksaan mendapati mangsa mengalami kecederaan ringan termasuk kesan calar pada bahagian bahu dan pipi kanan.

    Suspek yang berusia 46 tahun ditahan bagi membantu siasatan dan permohonan reman akan dibuat di Mahkamah Majistret Seremban untuk tindakan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

    Sumber: Sinar Harian

    The post Wanita Disyaki Kurung Anak Angkat Dalam Stor Sepanjang Cuti Sekolah – ‘Mangsa Dimarahi & Dipukul’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah