32.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, June 7, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Trend Sulaman Kening Makin Popular, Ramai Tak Tahu Hukumnya

    Shopee Sale

    Sekiranya dilihat pada sejak kebelakangan ini, prosedur sulaman kening (microblading) semakin mendapat perhatian dalam kalangan masyarakat kerana dianggap sebagai kaedah yang praktikal untuk menghasilkan kening yang kelihatan lebih semula jadi tanpa perlu bersolek setiap hari.

    Artikel Berkaitan: Kedai Tatu Tutup, Wanita Hidup Lebih Setahun Dengan 4 Kening

    Artikel Berkaitan: Apa Hukum Lekat ‘Sticker’ Lucah Di Kenderaan? Ini Penjelasan Jabatan Mufti

    Hukum sulaman kening

    Apabila bercakap tentang definisi, sulaman kening ini adalah sejenis seni bina kening yang diciptakan untuk memberikan bentuk terbaik pada wajah.

    Prosedur itu dilakukan menggunakan pen dengan mata berbentuk bilah serong dengan 10 hingga 12 jarum kecil di hujungnya.

    Jarum tersebut hanya mencucuk permukaan secara halus dan walaupun tidak sama seperti tatu tetapi dari segi prosedur dan hukum, kedua-duanya mempunyai prinsip yang hampir sama iaitu memasukkan pigmen ke dalam kulit menggunakan jarum.

    Menurut bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Islam mengharamkan sebarang bentuk pengubahan ciptaan asal bahagian tubuh seseorang yang dilakukan dengan alasan untuk kelihatan lebih cantik sama ada dengan cara penyambungan atau dengan cara pembedahan atau seumpamanya.

    Ini berdasarkan riwayat daripada Rasulullah SAW bahawa Baginda bersabda:

    لَعَنَ اللَّهُ الْوَاشِمَاتِ وَالْمُسْتَوْشِمَاتِ وَالنَّامِصَاتِ وَالْمُتَنَمِّصَاتِ وَالْمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ الْمُغَيِّرَاتِ خَلْقَ اللَّهِ

    Maksudnya: “Allah SWT melaknat para pembuat tatu dan mereka yang meminta untuk dibuatkan tatu untuknya, para wanita yang mencukur bulu kening serta wanita yang meminta untuk dibuang bulu keningnya, dan orang yang menjarangkan gigi-gigi mereka yang mengubah ciptaan Allah.” Riwayat  al-Bukhari (4886) dan Muslim (2125).

    MENARIK:  Sempena Ulang Tahun Ke-57, guardian Lancarkan Kempen Kesedaran Kanser Payudara Serta Tawarkan Diskaun Sehingga 57%

    Hukumnya haram dan dikira dosa besar kerana terdapat lafaz ‘laknat’ dalam hadis berkenaan.

    Ulama menegaskan bahawa haram mengubah ciptaan asal seperti menipiskan kening demi kecantikan semata-mata.

    Namun, prosedur tersebut diharuskan sekiranya bertujuan untuk perubatan atau menghilangkan kecacatan yang mendatangkan aib.

    Kami berpendapat bahawa sulaman kening adalah tidak dibenarkan jika ia untuk kecantikan tambahan semata-mata (tahsiniyyah) dan bukannya bertujuan untuk rawatan mahupun menghilangkan aib dan kecacatan.

    Ini kerana ia termasuk dalam pengubahan ciptaan Allah yang diharamkan.

    Apatah lagi, sulaman kening itu dikira bersifat kekal kerana ia tidak dapat segera dihilangkan atau ditanggalkan serta merta sebaliknya memerlukan kepada suatu tempoh yang lama untuk hilang.

    Hal ini kerana yang dimaksudkan sebagai ‘kekal’ adalah kesannya itu kekal dalam suatu tempoh yang lama seperti berbulan-bulan atau bertahun-tahun, dan tidak semestinya kekal sepanjang hayatnya.

    Maka, sekalipun dikatakan ia berbeza dengan proses pembuatan tatu, tetapi pada hakikatnya ia adalah mirip dan sama dengan tatu kerana melibatkan proses memasukkan pigmen berwarna ke dalam kulit.

    Sumber: Zulkifli Al-Bakri

    The post Trend Sulaman Kening Makin Popular, Ramai Tak Tahu Hukumnya first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah