33.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, June 7, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Lima Hari Sebelum, Lelaki Sudah Ramal Lokasi Jaslinda Akan Ditemui…Rupanya Pernah Bertugas Di Unit Khas Rawat Orang Asli

    Shopee Sale

    Tular di media sosial satu komen seorang individu dikenali sebagai Safarudin Daud yang berjaya meramalkan lokasi pendaki wanita hilang, Jaslinda Saludin akan ditemui.

    Artikel Berkaitan: ‘Allah Kabulkan Doa Kami’ – Suami & Anak Sempat Solat Hajat Di Kaki Gunung Sebelum Jaslinda Saludin Ditemui

    Artikel Berkaitan: Doktor Senaraikan Risiko Yang Mungkin Terjadi, Sifatkan Jaslinda Saludin Sebagai Wanita Kuat Mental

    Ramalan tepat

    Menerusi komen yang dimuat naik, Safarudin menyatakan kemungkinan besar Jaslinda akan ditemui di sekitar Pos Musoh, Perak.

    Kemungkinan besar dia (Jaslinda) akan ditemui sekitar Pos Musoh, insya-Allah.

    Apa yang menarik perhatian ramai, komen tersebut difahamkan dimuat naik kira-kira lima hari sebelum Jaslinda benar-benar ditemui di kawasan berhampiran sungai di Kampung Lubuk Gaharu dekat Pos Musoh.

    Perkongsian itu sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang menyifatkan lelaki berkenaan seolah-olah mempunyai naluri yang kuat berkaitan kawasan hutan dan pendakian.

    MENARIK:  ‘Dia Menangis Tanpa Suara, Muka Bertukar Kebiruan – Syasya Rizal Kongsi Anak Diserang ‘Breath Holding Spell’

    Sementara itu, seorang wanita yang mengaku anak kepada Safarudin tampil menjelaskan bapanya sememangnya mempunyai pengalaman luas berkaitan kawasan pedalaman kerana pernah bertugas bersama Pejabat Kesihatan.

    Itu abah saya. Dulu dia pernah bekerja dengan Pejabat Kesihatan di bawah satu unit khas.

    Tidak terkira berapa banyak masa yang dihabiskan untuk menguruskan misi di kawasan pedalaman hutan bagi merawat masyarakat Orang Asli.

    Mungkin dari situlah datangnya naluri yang kuat serta pemahaman mendalam tentang hutan yang dimilikinya.

    Terdahulu, Jaslinda Saludin yang dilaporkan hilang sejak 23 Mei ketika menyertai pendakian Trans Spencer Chapman akhirnya ditemui selamat selepas 14 hari operasi mencari dan menyelamat dijalankan.

    Sumber: Threads

    The post Lima Hari Sebelum, Lelaki Sudah Ramal Lokasi Jaslinda Akan Ditemui…Rupanya Pernah Bertugas Di Unit Khas Rawat Orang Asli first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah