28.6 C
Kuala Lumpur
Monday, April 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pegawai, anggota bawah KDN diingat tak sebar siasatan dalaman

    Shopee Sale

    Pegawai dan anggota penguat kuasa agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) diingatkan supaya tidak menyebarkan kepada umum sebarang siasatan dalaman yang dilaksanakan mereka.

    Timbalan Menteri Dalam Negeri Shamsul Anuar Nasarah berkata mana-mana pegawai atau anggota yang dikesan menyebarkan laporan siasatan dalaman boleh dihukum mengikut undang-undang sedia ada.

    "Apa juga kesalahan dilakukan (oleh pegawai dan anggota penguat kuasa) tentulah tindakan akan diambil berasaskan kepada peraturan yang ada.

    "Penting juga kepada rakyat, apa-apa isu diterima, rujuklah kepada saluran maklumat yang tepat, itu lebih baik," katanya.

    Shamsul Anuar berkata demikian kepada pemberita selepas majlis sambutan hari Ulang Tahun Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) ke-52 peringkat Kebangsaan di Akademi Rela Malaysia Sungai Udang, Melaka hari ini.

    Turut hadir Ketua Setiausaha KDN Ruji Ubi dan Ketua Pengarah Rela Yahya Sulaiman.

    MENARIK:  DAP tak mahu diheret dalam kehangatan pemilihan PKR

    Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan sebelum ini dilaporkan berkata satu laporan polis dibuat pegawai penyiasat kes di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya pada Ahad lepas, susulan penyebaran beberapa gambar dikatakan mayat kanak-kanak autistik Zayn Rayyan Abdul Matiin di media sosial.

    Dia dipetik sebagai berkata laporan dibuat bersabit penyebaran dokumen siasatan yang akan digunakan dalam perbicaraan di mahkamah menerusi aplikasi Telegram.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah