Pemandu Mercedes-AMG Petronas Formula One Team George Russell dan Kimi Antonelli meluahkan rasa teruja untuk berlumba di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) yang dijadualkan berlangsung dari 2 hingga 4 Oktober depan.
Artikel Berkaitan: Permohonan Sukarelawan F1 2026 Kini Dibuka, Terima Elaun RM60 Sehari
Gembira
View this post on Instagram
Menerusi perkongsian di Instagram rasmi Mercedes-AMG Petronas Formula One Team, Russell mendedahkan Sepang mempunyai tempat yang istimewa dalam dirinya.
Katanya, meskipun tidak pernah berlumba di litar itu tetapi dia sudah mengetahui selok-beloknya dengan cukup baik.
Berlumba di Malaysia, khususnya di Sepang memang sangat mengujakan.
Sebenarnya Sepang adalah litar kegemaran saya sejak kecil ketika saya sering berlumba di litar itu menerusi permainan video F1.
Saya belum pernah memandu di sana, tetapi saya rasa seperti sudah benar-benar mengenali litar itu kerana kerap berlumba di situ secara maya.
Jadi, ia pasti menjadi pengalaman yang sangat menarik. Dan sudah tentu Sepang ialah ‘rumah’ Petronas, jadi saya memang tidak sabar.
Dalam pada itu, Antonelli yang juga pernah memandu di litar Sepang secara maya berkata perlumbaan nanti pastinya akan menjadi menarik kerana treknya yang hebat.
Oh, Sepang telah kembali! Jadi, itu benar-benar perlumbaan di laman sendiri bagi Petronas. Sangat menakjubkan!
Maksud saya, Sepang adalah litar yang sangat hebat. Jadi, saya rasa perlumbaan itu nanti pasti akan menjadi sesuatu yang mengagumkan.
Sebelum ini, Formula 1 mengesahkan Malaysia akan menjadi tuan rumah kepada GP Bahrain selepas mencapai persetujuan bersama Formula 1, Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA), serta kerajaan Malaysia dan Bahrain.
Sumber: Instagram
The post George Russell, Antonelli Tak Sabar Aksi Di Sepang first appeared on OHBULAN!.





