34.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pearly – Thinaah layak ke separuh akhir Kejohanan Badminton Dunia

    Shopee Sale

    Beregu wanita utama negara Pearly Tan-M.Thinaah mara ke pusingan separuh akhir Kejohanan Badminton Dunia 2025 di Paris hari ini, sekali gus mencipta sejarah beregu wanita pertama merangkul pingat di kejohanan berprestij itu.

    Pada aksi suku akhir berlangsung di Adidas Arena, pasangan nombor dua dunia itu memastikan pingat gangsa sekurang-kurangnya dalam genggaman, selepas mudah mengetepikan cabaran adik-beradik Gabriela Stoeva-Stefani Stoeva dari Bulgaria.

    MENARIK:  PAS tolak pelan ‘Islam luar politik’ Zahid, persoal peranan menteri DAP

    Pearly-Thinaah meraih kemenangan set pertama dengan mata 21-15, sebelum meneruskan momentum dengan melengkapkan kemenangan set kedua 21-10.

    Keputusan itu turut memadam duka lama selepas kedua-dua mereka terkandas di suku akhir pada edisi 2023 di Copenhagen, Denmark.

    Menanti mereka di separuh akhir Nami Matsuyama-Chiharu Shida dari Jepun, yang mara selepas menewaskan Kim Hye Jeong-Kong Hee Yong dari Korea Selatan 21-17 dan 21-14.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah