29.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PDRM umum pertukaran 20 pegawai kanan

    Shopee Sale

    Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran 20 pegawai kanannya berkuat kuasa 6 Mei ini.

    Setiausaha PDRM DCP Alzafny Ahmad dalam kenyataan memaklumkan pertukaran itu antaranya membabitkan Ketua Polis Terengganu Datuk Mazli Mazlan yang dilantik sebagai Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

    Beliau menggantikan Datuk Mohd Khairi Khairudin yang dilantik ke jawatan Ketua Polis Terengganu.

    Beliau berkata pertukaran lain melibatkan Ketua Penolong Pengarah E1 Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Shazeli Kahar yang dilantik sebagai Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur.

    “Datuk Abu Samah Mohd Noor pula dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah E1 Cawangan Khas Bukit Aman,” katanya.

    Selain itu menurut Alzafny, Komandan Maktab Teknik PDRM Bakri Muar Johor SAC Sulaiman Hussain dilantik sebagai Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) Jabatan Pengurusan Bukit Aman dengan memangku pangkat DCP.

    MENARIK:  Polis membisu dakwaan pengguna TikTok ditangkap, peguam gelar 'reformati'

    Alzafny berkata Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pematuhan Standard Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard SAC Thaipul Bahri Mokhtar dilantik sebagai Timbalan Pengarah (Integriti) Standard Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard dengan memangku pangkat DCP.

    “Ketua Polis Daerah Cheras ACP Zam Halim Jamaluddin pula dilantik sebagai Komandan Maktab Teknik PDRM Bakri Muar Johor sementara Penolong Pengarah Pengurusan (Pentadbiran/Belanjawan) Bahagian Pentadbiran, Jabatan Pengurusan Bukit Aman dilantik ke jawatan Ketua Jabatan Pengurusan Sarawak, kedua-duanya memangku pangkat SAC,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah