26.4 C
Kuala Lumpur
Monday, June 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pasukan pemerhati sementara pantau gencatan senjata Thailand-Kemboja

    Shopee Sale

    Pasukan Pemerhati Sementara (IOT) yang terdiri daripada atase pertahanan negara-negara Asean dan diketuai atase pertahanan Malaysia akan ditempatkan di kedua-dua belah sempadan Thailand-Kemboja bagi memantau pelaksanaan perjanjian gencatan senjata yang dicapai pada 28 Julai lepas.

    Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Kementerian Luar Thailand, Nikorndej Balankura berkata pasukan IOT akan terdiri daripada atase pertahanan daripada kedutaan Asean yang berpangkalan di Thailand dan Kemboja.

    “Pasukan pemerhati akan melaksanakan operasi pemantauan secara tetap di sebelah sempadan masing-masing tanpa melintasi ke wilayah negara jiran,” katanya pada sidang media semalam.

    Dia berkata penubuhan IOT merupakan antara hasil utama Mesyuarat Luar Biasa Jawatankuasa Am Sempadan (GBC) yang berlangsung di Kuala Lumpur semalam.

    Nikorndej berkata Thailand dan Kemboja turut memperbaharui komitmen terhadap gencatan senjata sepenuhnya serta bersetuju untuk mengelakkan sebarang tindakan provokatif termasuk pergerakan ketenteraan dan penyebaran maklumat palsu atau berita tidak sahih.

    MENARIK:  'Terjemahan niat hajat': Polis digesa siasat pertikaian istilah 'kuda gila'

    “Turut dipersetujui kedua-dua pihak akan mengekalkan saluran komunikasi terbuka melalui mekanisme dua hala sedia ada,” katanya.

    Nikorndej berkata Thailand dan Kemboja juga bersetuju untuk mengadakan mesyuarat GBC seterusnya dalam tempoh sebulan dari tarikh semalam.

    Sementara itu, mesyuarat susulan Jawatankuasa Sempadan Serantau (RBC) dijadual diadakan dalam tempoh dua minggu bagi menyelaras pelaksanaan perjanjian yang telah dicapai.

    Mesyuarat Luar Biasa GBC itu dipengerusikan bersama oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Kemboja, Jeneral Tea Seiha, dan Pemangku Menteri Pertahanan Thailand, Jeneral Nattaphon Narkphanit.

    Turut hadir sebagai pemerhati ialah Menteri Dalam Negeri Malaysia Saifuddin Nasution Ismail, Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari, Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jeneral Mohd Nizam Jaffar, Duta Amerika Syarikat ke Malaysia Edgard D. Kagan dan Duta China ke Malaysia Ouyang Yujing.

    -Bernama


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah