32.5 C
Kuala Lumpur
Monday, August 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Bahasa bukan halangan, Lim You makin serasi dengan Malayan Tigress

    Shopee Sale

    Bahasa menjadi antara cabaran utama yang dihadapi pemain Malayan Tigress Bawah 17 Tahun (U-17), Lim You, ketika menjalani persiapan menghadapi Piala Srikandi Merdeka 2026 di Indonesia.

    Lim yang dibesarkan di Taiwan dan menetap di Amerika Syarikat berkata perbezaan bahasa pada awalnya menyukarkan komunikasi dengan rakan sepasukan, namun keadaan bertambah baik selepas dua minggu bersama mereka.

    “Pada mulanya agak berbeza kerana kami tidak begitu bercakap dalam bahasa yang sama.

    "Tetapi sekarang saya semakin serasi dengan mereka dan sangat menikmati masa bersama mereka,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antabarangsa Kuala Lumpur (KLIA).

    Lim turut berkongsi beberapa perkataan Bahasa Melayu yang dipelajarinya sepanjang bersama pasukan.

    “Satu, bola, dua, tiga,” ucapnya.

    Ledakkan lapan gol

    Pemain remaja itu memulakan perjalanan bola sepaknya di Akademi XF di Amerika Syarikat sebelum mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa.

    Lim sebelum ini mencuri perhatian apabila menjaringkan tujuh gol ketika menentang Arab Saudi pada 18 Ogos lalu.

    MENARIK:  'Gurauan keterlaluan sesama rakan boleh jadi buli'

    Sepanjang kejohanan, Lim muncul antara tonggak penting Malayan Tigress apabila menyumbangkan lapan gol untuk membantu Malaysia menamatkan saingan di tempat ketiga.

    Pemain berusia 14 tahun itu turut meluahkan rasa bangga selepas membantu pasukan membawa pulang pingat.

    “Ketika pertama kali datang, saya tidak menyangka dapat menjaringkan begitu banyak gol.

    “Saya rasa ia adalah usaha seluruh pasukan dan kami melakukannya bersama-sama,” katanya.

    Sementara itu, ketua jurulatih Malayan Tigress U-17, Fairuz Montana Zainal Abidin, berkata pemain yang dipanggil dari luar negara tidak menghadapi masalah untuk menyesuaikan diri dengan pasukan.

    Katanya, mereka cepat mesra dan mudah menyesuaikan diri, sekali gus memudahkan komunikasi di dalam dan luar padang.

    “Yang bagusnya, mereka yang kurang berbahasa Melayu mahu belajar.

    “Kami yang kurang berbahasa Inggeris juga belajar. Jadi masing-masing belajar,” katanya.

    Menurut Fairuz, Lim dijadualkan kembali ke Amerika Syarikat untuk meneruskan pengajian sebelum kembali menyertai skuad negara bagi kejohanan akan datang, termasuk kelayakan Asia.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah