34.8 C
Kuala Lumpur
Monday, August 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kekal waktu kerja 42 jam tingkat motivasi – Kesatuan jururawat

    Shopee Sale

    Keputusan kerajaan mengekalkan waktu bekerja 42 jam seminggu bagi petugas kesihatan yang bekerja secara syif diyakini mampu meningkatkan semangat dan motivasi mereka untuk terus memberikan khidmat terbaik kepada rakyat.

    Presiden Kesatuan Jururawat Malaya (MNU) Saaidah Athman berkata pihaknya menyambut baik langkah tersebut dan menyifatkannya sebagai manifestasi keprihatinan kepimpinan negara terhadap kebajikan penjawat awam dalam sektor kesihatan.

    “Saya mewakili seluruh ahli MNU merakamkan jutaan terima kasih kepada Perdana Menteri, Ketua Setiausaha Negara, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dan Menteri Kesihatan atas keputusan ini,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

    Semalam, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memaklumkan kerajaan bersetuju memberi pengecualian terhadap pelaksanaan waktu bekerja syif 45 jam seminggu kepada lima skim perkhidmatan kritikal di bawah Kementerian Kesihatan (KKM), dengan menetapkan waktu bekerja hanya 42 jam seminggu.

    MENARIK:  16 MP Bersatu mahu Muhyiddin berundur, beri laluan kepada Hamzah

    Pengecualian itu melibatkan seramai 82,637 petugas barisan hadapan, merangkumi jururawat, jururawat masyarakat, pegawai perubatan di Jabatan Kecemasan, penolong pegawai perubatan serta pembantu perawatan.

    Menurut Saaidah, MNU telah membangkitkan kebimbangan mengenai isu waktu kerja 45 jam sejak November tahun lalu menerusi pelbagai sesi perundingan dengan KKM termasuk pertemuan bersama Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

    “Kami telah menyampaikan semua pandangan dan harapan ahli bagi memastikan keputusan terbaik dapat dicapai,” katanya.

    Sebagai langkah seterusnya, beliau mencadangkan kerajaan mengkaji semula struktur gaji dan elaun petugas kesihatan serta mempertimbangkan penambahan jawatan kritikal bagi memperkukuh sistem perkhidmatan kesihatan negara.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah